Isnin, 15 Januari 2018

TAHUN 2018

Mungkin agak lambat aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018. Kedatangan tahun baru ini bermakna umurku melanfgkah lagi satu anak tangga. Tahun ni usiaku akan genap 47 tahun pada 12 Februari 2017 berdasarkan tarikh lahir pada surat beranak dan kad pengenalan

Setelah ku kelebek kelebek blog ku rasanya telah setahun aku tak mengemaskinikan entri. dengan kedatangan januari 2018 ini bermakna 5 tahun telah aku berkhidmat di JPS Hulu Terengganu. Seperti baru semalam aku bertukar. Cepatnya masa berlalu

Kedatangan 2018 juga bermana telah 3 tahun aku tinggal di rumahku sendiri di Lot PT 10174 Padang Gaung, Kampung Gaung, Kuala Berang

2018 juga bermakna telah 3 tahun ibuku telah meninggalkan aku iaitu pada tarikh 14 Mei 2015 hari khamis lebih kurang pukul 12.30 tgh. Semoga roh ibuku ditempatkan bersama roh para aulia.

2018 juga bermakna 22 tahun ayahku telah meninggalkan aku iaitu pada tarikh 22 November 1996 pada pagi jumaat lebih kurang jam 2.00 pagi di Hospital Kuala Terengganu. AL fatihah. semoga ayahku ditempatkan bersama  pada aulia bersama ibuku juga.

2018 juga bermakna 13 tahun usia perkahwinanku bersama isteri tercinta iaitu Norlinda Binti Mordi dan semoga hubungan ini kekal ke jannah. amin

2018 bermakna usia kedua cahaya mataku iaitu Nur Liyana Hannan dan Nur Hayani Hannan akan meningkat ke 12 tahun dan 11 tahun. Semoga puteri- puteri berjaya dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat.
gambar tahun 2018 di kandang lembu

Ahad, 28 Mei 2017

SEMAMBU



   Sewaktu aku belajar di polisas selama setahun ( 2000 -2001). Aku menyewa bersama2 beberapa orang coursemate aku dan senior aku. Jumlah penyewa adalah seramai lebih kurang 10 orang. Sewa yang dikenakan lebih kurang 50 rial sebulan untuk setiap penghuni.

    Lokasi rumah sewa tersebut ada berhampiran dengan kilang SITTAT. Jarak rumah sewa ke polisas lebih kurang 4 kilometer. Setiap pagi untuk ke kelas, aku  menunggang motorsikal Yamaha SS110 bernombor TS 1302.

    Nama teman serumah yang menyewa bersama sewaktu semester ke 5 ialah Anuar Musa ( belajar hanya sebulan dan berhenti), Asri, Salimi dan najib. Manakala senior pula adalah pha, helmi ( budak mersing) fauzi ( budak pahang), azwan ( budak camerun highland) dan seorang bekas student polisas yang sudah bekerja ( aku lupa nama. Orang besut ).

    Rumah yang kami duduki  mempunyai 3 bilik dan 1 bilik air dan 1 bilik tandas. Sesuatu masalah yang timbul apabila waktu pagi untuk menunggu turn mandi. Bayangkan dengan penghuni 10 orang berebut bilik air dan tandas. Kekadang aku mandi di tandas selepas buang air besar. Malah ada juga yang dengan selamba badak mandi di luar rumah.

   Berhampiran rumah sewa tersebut di hadapan kilang sittat terdapat kedai makan kepunyaan cina. Di hadapan kedai terdapat kereta sorong menjual sup celup kepunyaan orang melayu. Sup celup dia memang sedap. Seringkali juga aku beli bungkus dan makan dirumah sewa. Tak tergamak aku makan di kedai cina tersebut.

    Terdapat juga gerai peniaga kelantan di lokasi berhampiran rumah sewaku. Gerai ini nasi kerabunya memenuhi seleraku. Dia punya kuah pekat tu yang sedap. Selalu aku minum di gerai ini semasa hari sabtu.

   Pada semester ke 6 akhir tahun 2000 hingga mei 2001 berlaku perubahan penghuni rumah sewa aku. Pada awalnya sukida masuk dan dikuti oleh din ( nama penuh aku lupa dah. Orang besut ). Terdapat juga penghuni junior kami iaitu pelajar semester 5 iaitu rani, nasir ( budak tabligh) dan Mr. X ( memang digelar mr x dan aku pun lupa dah nama dia berasal dari kok lanas, kelantan)

   Pada awal semester 6 adalah bulan ramadan. Pada tahun 2000 berlaku 2 kali sambutan raya iaitu bulan januari dan bulan disember. Maka bulan puasa akhir tahun itu aku sambut di kuantan. Waktu berbuka puasa selalunya kami ke warung ( food court ) berhampiran stadium. Makanan warung yg selalu kami pergi boleh tahan murah dan sedap. Walau bagaimanapun food court tersebut telah tiada pada masa sekarang dan kawasan tersebut berhampiran eastcourt mall.

    Manakala untuk bersahur selalunya di restoren natam disemambu. Tetapi selalunya restoren natang selalu tutup awal lingkungan pukul 1 pagi. Sekiranya nak bersahur lewat kami akan ke restoren mamak berhampiran terminal bas berdekatan stadium. Sekarang ni terminal bas pun yang baru.

Rabu, 17 Mei 2017

HARI GURU


Seingat aku sewaktu sekolah dulu di SK Pauh kami pertama kali menyambut HARI GURU masa aku darjah 4 (1981) Masa tu pihak sekolah menyediakan sedikit makanan ringan ( aku dah lupa makanan apa) dan air sirap. Sebelum acara makan2, sedikit ceramah perlu didengar dulu. Waktu itu GB adalah Cg Abdul Razak Yaacob. Pada ucapan itu, beliau memaklumkan bahawa 16 Mei dipilih sebagai hari guru.
Selepas acara makan2 kalau tak silap aku ada persembahan dari murid2 secara sukarela untuk menyanyi dihadapan murid2 lain. Ramai juga yang mempunyai bakat sebagai penyanyi.
Pada tahun berikutnya tiap kali HARI GURU, murid2 akan membawa kuih sedikit seorang dari rumah sebagai juadah majlis hari guru. PAda zaman tersebut sememangnya setiap majlis, murid2 diminta membawa sedikit juadah setiap sorang apabila ada majlis2 seperti majlis akhir tahun. Selalunya setiap majlis aku bawa kuih kacang yang berharga 50 sen sebungkus yang mengandungi 5 biji.
Kuih2 yang dibawa akan ditempatkan dibilik jamuan dan kami akan memakan beramai2 kuih yang dibawa. Aku selalunya cari kuih agar2 sebab masa tu aku suka kuih agar2. Manakala air akan disediakan oleh pihak sekolah yang selalunya dibancuh oleh arwah Ayah de .
Yang paling aku suka masa hari guru adalah tak payah belajar dan balik awal.
manakala di Sek. Men tak berapa ada memori sangat pada HARI GURU. sebab aku selalu tak pergi sekolah pada hari guru. kih kih kih
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU SAMADA YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH TIADA ( al-fatihah )

Senarai Guru - guru yang penah ,mengajar aku ( nama - nama yang masih ku ingat. )

SK PAUH

Darjah 1 ( 1978 )

1. Cikgu Abd Latiff ( Arwah - Guru Kelas)
2. Cikgu Roslan Osman
3. Ustaz Mat ( arwah )

Darjah 2

1. Cikgu Roslan Osman ( Cikgu Kelas )
2. Cikgu Abg Ghani
3. cikgu Mohamad bin Isa
4. Ustaz Mat

Darjah 3

1. Cikgu Mohamad bin Isa ( Cikgu Kelas )
2. Cikgu Roslan Osman 
3. Cikgu Abd. Ghani
4. Ustaz mat

Darjah 4

1. Cikgu Zakaria Mohd ( Cikgu Kelas )
2. Cikgu Roslan Osman
3. Ustazah Zainab

Darjah 5

1. Cikgu Zaida Awang ( Guru Kelas )
2. Cikgu Roslan Osman
3. ustazah Zainab

Darjah 6

1. Cikgu Mohamad bin Isa ( Guru Kelas )
2. Cikgu Roslan Osman
3. ustazah Zainab
4. Cikgu aziz ujang 
5. Cikgu abd Razab Yaacob

SMTAI

Tingkatan  1 - 1 S 1( 1984 )

1. Cikgu Zailan ( Guru Kelas )
2. Cikgu Noraini
3. Cikgu Zuleha 
4. Cikgu Phang
5. Cikgu Shaari
6. cikgu Hashir
7. Cikgu Lim

Tingkatan 2  - 2 S 2( 1985 ) 

1. Cikgu Junaidi ( Guru Kelas )
2. cikgu Muliati
3. Cikgu Syed
4. Cikgu muzamil
5. Cikgu ahmad Yusof
6. Cikgu Lim
7. Ustaz Mohamad

Tingkatan 3 - 3 S 1( 1986 )

1. Cikgu Johnny Low ( Guru Kelas )
2. Cikgu Halimah
3. Cikgu Wahab
4. Cikgu Zulkifli
5. Cikgu Rusbi
6.Cikgu Abd Rahman bakar

Tingkatan 4 - 4 S 1 ( 1987 )

1. Cikgu Ramli ( Guru Kelas )
2. Cikgu wong
3. Cikgu Bani Amin
4. Cikgu Rashid
5. Cikgu fauzi ( ganti cg wong )
6. Ustazah Fatimah ( Arwah ) meninggal di mekah
7. Cikgu Puziah Mohamed
8. Cikgu Azizah 
9. Cikgu Marzuki
10. Ustazah Fatimah ( ganti yang meninggal)-isteri ADO masa tu Tg Hassan 

Tingkatan 5 - ( 1988 )

1. Cikgu Puziah Mohamed ( Guru Kelas )
2. Cikgu Azizah
3. Cikgu Muzamil
4. Cikgu marzuki
5. Cikgu Abu Razin ( arwah )
6. Cikgu Ramli
7. Ustazah Fatimah

Tingkatan 6 Bawah ( 6 B 1 ) - ( 1989 )

1. Cikgu Nik Khadijah ( Guru Kelas )- Ekonomi
2. Cikgu Zaman sayuti - Sejarah Islam
3. Cikgu Hj wan Mansor- bahasa Malaysia
4. Cikgu Esah - Sejarah
5. Cikgu Mat Zain Tahar- Pengajian Am
6. Cikgu Latifah- Bahasa Malaysia ( sastera )

Tingkatan 6 Atas ( 6 A 1 )- ( 1990 )

1. Cikgu Norlia Md Zain ( Guru Kelas ) - geografi
2. Cikgu sheikh-Geografi fizikal
3. Cikgu Azmi-Geografi
4. Cikgu Puziah- Pengajian AM
5. Cikgu Azwana- sejarah
6. Cikgu Jusoh- Ekonomi
7. Cikgu Kamariah- Sejarah Islam
8. Cikgu Hasmah- Bahasa Malaysia
9. Cikgu latifah- bahasa Malaysia ( Sastera )











Selasa, 16 Mei 2017

KAWAN YANG HILANG

   Entri ini adalah mengenai kawan - kawan yang membesar bersama semasa kanak - kanak. Walaubagaimanapun mereka telah hilang dari radar samada telah meninggal atau berpindah ke daerah lain. 


1. Arwah Badli Latif

   Lebih dikenali dengan nama Bar. Sememangnya sejak dari belum sekolah kami telah berkawan. BAr merupakan orang kuat dan penting dalam bermain bolasepak. Maklumlah beliau merupakan tuan bola. he he he he. Kalau berbalah dengan dia, alamak tak dapat main bola lah.

   BAr merupakan anak kepada Cikgu Latif. Dia yang selalunya mempunyai dan memiliki bola. Kebanyakan rakan sebaya kami akan main bola yang beliau miliki. Bar juga seoarang yang lincah bermain bola sewaktu kanak-kanak. Selalu kami akan bermain bola berhampiran pokok ara setentang dengan rumah Pak Nik Harun.

Arwah Badli sewaktu tingkatan 4
   
   Selain  bermain bola, Bar juga lincah bermain takraw, badminton an boleh dikatakan sportman. Dia juga mahir bermain perang - perang dalam belukar keluduk di padang sekolah.

    walau bagaimanapun badli telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1990 kalau tak salah ingatan saya, Semoga rohnya di rahmati Allah. amin


2.  Rosli Muda.

   Rosli Muda bukanlah merupakan anak jati Kg Pauh. Keluarga rosli berpindah ke kampung Pauh pada tahun 1980 sewaktu saya dalam darjah 3. Ayah beliau merupakan kakitangan LLN ( sekarang TNB) yang bertugas menghidupkan genarator untuk bekalan elektrik di kampung Pauh.. Rosli dan keluarganya berasal dari Seberang Takir, Kuala Terengganu. Keluarga beliau menyewa rumah Pak Man Dibuk seaktu tinggal di kampungku. Adik beradik rosli yang aku ingat adalah abgnya Rifin, kakaknya Semek, adik dia Zura ( beza 2 atau 3 tahun dari batch saya ) dan Din adik lelakinya.

  Masa darjah 3, aku juga rapat dengan Rosli sewaktu didalam kelas kerana meja kami bersebelahan
Kami mengelarkan beliau dengan nama Rosli Api untuk membezakan dengan kawan - kawan lain yang bernama rosli. Lagipun pada waktu itu, di kampung Pauh terlalu ramai budak - budak bernama Rosli. LAma kelamaan rosli api itu bertukar menjadi pangilan Rosli Apek.

  Rosli ini juga seorang yang lincah bermain bola sewaktu zaman persekolahan sekolah rendah. Sewaktu awal persekolahan di SK Pauh, Rosli juga sering membawa kuiah dan nasi lemak untuk di jual di sekolah. Yang pasti nasi lemak yang dijual oleh Rosli juga sedap. 

  Keluarga Rosli berpindah dari kampung saya pada tahun 1984. Namun begitu Rosli Apek masih bersekolah di SMTAI kuala berang sehingga tamat SRP dan aku sehingga kini tidak penah berjumpa lagi dengan beliau. 

  Sewaktu aku praktikal pada tahun 1993 di Kuala Terengganu, kalau tak salah aku selalu berserempak dengan adik dia, Zura di stesyen bas Kuala Terengganu. Namun aku tak bertegur sapa. Mungkin dia pun tak mengenali lagi aku.

3..  Zulklifli Mamat

    Zulkifli Mamat berpindah ke kampung aku kalau tak salah pada tahun 1982. Sebelum itu keluarganya telah bermastautin terlebih dahulu di Kampung Tanjung Baru. Keluarga beliau berasal dari Kuala Terengganu dan berpindah ke daerah kuala Berang kerana ayahnya berkerja di Projek Empangan Kenyir. Keluarga beliau menyewa rumah arwah Tok bilal iaitu setentang dengan rumah Shaari-shikin Cg Latif. Pada masa sekarang, rumah tersebut telah tiada kerana dirobohkan oleh anak arwah tok bilal,

    Zulkifli juga aktif dalam permainan bolasepak dan ayahnya juga seorang peminat bolasepak tegar barangkali. Seringkali juga ayahnya bermain bolasepak bersama-sama penduduk kg pauh. Malah sewaktu tinggal di Kg Tanjung Baru, ayahnya selalu ke padang bola untuk bermain bolasepak dengan belia kampung.

    Zulkifli merupakan seorang budak yang baik dan tak berapa nakal macam kanak - kanak kampung yang lain. Kebanyakan waktu beliau berkawan dengan kanak - kanak kampung sewaktu bermain bolasepak dan waktu persekolahan sahaja.

   Zulkifli dan keluarganya berpindah dari kampung pada akhir tahun 1983 setelah tamat sekolah rendah, Sejak dari itu, saya tidak penah berjumpa lagi dengan kawan sepermainan ini. Mungkin kalau terserempak pun, pasti saya tidak mengenalinya lagi.



Isnin, 13 Mac 2017

BURUNG KUANG KUIK ( @KUA KUA KUIK???)


 Teringat tika zaman 80an dulu. Terutamanya masa aku masih bersekolah rendah lagi. Dalam usia 10 tahun aku telah mempunyai bilik sendiri dan tidur pun sendirian.

  Pada tahun 80an, suasana malam agak sunyi dan sepi. maklumkan pada tika itu beberapa orang je yang mempunyai kenderaan terutamanya motorsikal dan kereta. kalau motorsikal mungkin ramai juga yang memilikinya. tetapi kalau kereta hanya berapa orang je yang memilikinya dalam sesebuah kampung. Disebabkan kekurang kenderaan bermotor, suasana malam waktu itu terasa sangat sunyi. tidak seperti sekarang.


  lagipun pada tika itu juga, tiada mempunyai lampu jalan. Kalau waktu malam kampungku gelap gelita. Kalau ada yang cerah mungkin hanya di beranda masjid sebab lampu tersebut sentiasa dibuka sehingga siang. 

  Berbalik kepada cerita burung kuang kuik ini, paling aku merasa seram tika musim burung kuang kuik ini berbunyi. Aku merasakan bunyi kuang kuik tu agak menyeramkan. Bayang jika terkejut dari tidur terdengar suara burung "kua kuar kuik kuik kuik". Macam - macam perasan yang timbul. Apatah lagi jika sebelum tidur tengur Tayangan gambar Melayu malam sabtu berkisarkan cerita seram. Macam cerita seram zaman zaman dulu cerita PUAKA. Naya je. sampai ke pagi tak tidur.

 
foto dari google : Burung kuang kuik

  Waktu itu jika berbunyi burung kuang kuik ini aku akan memanggil tok wan aku. Itu dah terasa seram-seram sangat lah tu. Kekadang kena marah juga sebab memekak waktu tengah malam. Dah nak buat camna, terasa seram teramat sangat.

   Terdapat mitos tentang burung kuang kuik ini yang mengatakan burung ini bertenggek di atas belakang harimau. Maknanya satning, bila dengar bung burung ni, bermaksud ada harimau lah. tapi mitos harimau tu tak takut mana, sebab takda lagi kes harimau naik atas rumah. hi hi hi. Ada lagi mitos menyeramkan yang mengatakan jika ada hantu setan, burung kuang kuik akan berbunyi sebab dia akan mengikut hantu setan tersebut. maksudnya hantu setan berjalan di bawah, burung kuang kuik akan terbang atas makhluk tersebut.

   Walau bagaimanapun pada zaman sekarang, saya rasa dah tak ada dah bunyi burung kuang kuik di kampung saya. mungkin dah pupus ditelan zaman.

Sabtu, 14 Januari 2017

SAMBAL TAHI MINYAK




   Teka teki zaman 70an. Banyak - banyak tahi, tahi apa boleh makan? cuba jawab. hi hi hi. Jawapannya TAHI MINYAK. Padahal Tahi itik boleh makan juga, 

   Arwah Tok Wan saya selalu buat minyak nyiur. Tahi minyak tu beliau akan buat sambal. Sedap sambal tu jika dimakan dengan nasi panas. Tak ada lauk lain pun sedap. Resipinya aku tak sempat tanya pada arwah Tok Wan. 

   Berdasarkan naluri aku cuba buat sendiri. Itu pun setelah aku tenguk dalam peti ais banyak sangat santan membeku.

   Cara buat sambal tahi minyak adalah dengan membuat minyak nyiur dulu untuk mendapatkan tahinya. Santan yang mebeku itu aku masukkan dalam kuali dan panaskan kat dapur.




Santan yang dipanaskan

  Lama kelamaan santan itu akan mengeluarkan minyak Dibawah sekali adalah pati santan yang terhasil. Pati tersebut dipanggil tahi minyak. Minyak tersebut boleh lah diambil dan simpan untuk digunakan bagi menyapu pada rambut biar nampak hitam. Minyak tersebut boleh juga digunakan untuk memasak. Dan akhirnya tinggal tahi minyak di dalam kuali. Tahi tersebut akan dijadikan sambal.






Santan dah terbit Minyak



Minyak makin banyak keluar



Tahi minyak yang tinggal setelah minyak dikaut

BAHAN - BAHAN UNTUK SAMBAL TAHI  MINYAK

1. Tahi Minyak 
2. Ikan kering selar/tamban dan lain - lain - bergantung banyak mana nak buat. 
3. Bawang merah dihiris halus - halus 
4. asam keping





CARA BUAT.

Ikan kering digoreng terlebih dahulu supaya masak
Ikan kering yang dimasak dibuang tulang dan ditumbuk menggunakan lesung batu.
masukkan kesemua bahan ke dalam tahi minyak dan gorengkan dengan menggunakan api yang sederhana.
Bahan - bahan tersebut mesti dikacau sewaktu memasak
Agak - agak dah masak boleh diangkat dan disimpan.
Biasanya sambal ini tahan selama 3 hari hingga 5 hari pada suhu bilik

.

sambal tahi minyak yang telah masak

Nasi putih di makan bersama sambal


Untuk lebih sedap gaul kan bersama nasi.

   Selain ikan kering, sambal tahi minyak boleh juga dibuat menggunakan ikan singang atau ikan goreng. Terpulang ikut selera dan juga jika ikan singang atau ikan gorengbanyak tak habis dari membazir boleh juga dibuat sambal. Jika menggunakan ikan singgang/goreng jangan lupa masukkan garam. Nanti sambal anda tawar heber




Khamis, 12 Januari 2017

KEHIDUPANKU 1

KAMPUNG TEMIR

   Aku diberi nama Mohd Hamka bin Osman. Aku seringkali dipanggil mekar. untuk entri ini aku ceritakan tentang kehidupanku bermula dari kecil.

   Ayahku berasal dari kampung Temir manakala emak klu berasal dari kampung Pauh. Jarak antara kampung Temir dan Pauh lebih kurang 3 Kilometer.

Bekas tapak rumah di Temir


   Rumah ibubapaku adalah terletak di Kampung Temir. Namun sekarang rumah tersebut pun telah tiada. Setelah kematian ayahku pada 1996 keluargaku menetap di kediaman tokki dan tokwan aku di Kampung Pauh. Sebagai fakta aku tinggal bersama Tokki dan Tokwan aku semenjak berusia 7 tahun.

   Sebelum berusia 7 tahun aku menetap bersama ibubapaku di Kampung Temir. Kekadang sahaja aku akan tinggal di rumah tokki sewaktu ibu dan bapaku pergi ke huma.

   Kenangan yang masih aku ingat sewaktu aku menetap di Temir, selalu juga aku berjalan kaki ke Pauh bersama ayah dan Emakku. Sewaktu itu kakak aku Mek Jarah telah menetap di Pauh. Maka yang tinggal aku, ayah dan emak sahaja di Temir. Jalan antara Kg Pauh dan Temir waktu itu hanya jalan tanah merah.

    Pada petang sewaktu balik ke Temir, aku bersama ayah melihat sebuah rumah di hujung kampung dikerumuni orang ramai. Ayah mengajak aku pergi ke rumah tersebut untuk melihat apakah yang berlaku. Rupa - rupanya orang  menonton TV baru di rumah tersebut iaitu rumah Pak Talib. Pak Talib merupakan peneroka di Felda Bukit Bading. Peti Tv pada waktu tersebut merupakan barangan mewah. Peneroka Felda zaman tersebut merupakan orang yang senang lah juga, Maklumlah zaman itu kelapasawit mahal. Itulah pengalaman pertama dalam hidup aku menonton atau melihat TV walaupun hanya hitam putih sahaja.

  Arwah ayahku juga kekadang mengambil aku di Pauh menggunakan perahu. Ayah akan parking perahunya di kalang bongor dan berjalan kaki ke rumah Tok Ki aku. Pengalaman menaiki perahu paling seronok dalam hidupku. Sewaktu menaiki perahu dari pauh ke Temir, aku apat melihat keindahan pepohonan serupa kanopy yang memayungi bumi. Zaman tersebut sungai pun tenang dan air yang bersih. Sewaktu balik menaiki perahu, seringkali terserempak orang mandi si sungai Kalang Sejid ( Masjid ) dan Kalang Kilir (  hilir ). Seringkali juga terserempak dengan guyang ( Biawak Besar )

   Aku juga seringkali mengikuti emakku mengangkut air telaga berhampiran rumah Pak Tun Harun. Air telaga selalunya digunakan untuk memasak. Manakala untuk mandi penduduk akan pergi ke sungai Terengganu yang sungainya mengalir deras dan jernih. Paling aku suka mandi di sungai terengganu apabila speed boat melalui kalang mandi dan menghasilkan ombak kecik. Ombak tu yang aku suka sebenarnya. Bayangkan kecil - kecil dulu bermain ombak walaupun kecil.

   Arwah ayahku juga mengajar budak - budak mengaji dirumahku. Zaman tersebut tidak mempunyai kemudahan elektrik. Untuk mengaji, budak - budak akan membawa pelita masing - masing. Ada juga yang kreatif menggunakan pelita buatan sendiri iaitu menggunakan botl kaca ( botol budu pun boleh) dan dimasukkan minyak tanah didalamnya., Sumbunya dibuat daripada kertas suratkhabar danyang digulung dan bahagian kepala sumbu dilapisi kertas aluminium pembalut rokok.

   Sewaktu ku menetap di Temir, ayah dan emak pernah menanam tembakau untuk menyara kehidupan kami. Penah berlaku peristiwa emak telah dipatuk ular di kebun tembakau. kisah ini aku ingat - ingat lupa. Kemudian emak dibawa ke hospital kuala berang dengan menaiki motorsikal. Kejadian ini samar - samar dalam memoriku. mungkin terlalu lama berlaku.

   Ayah dan emak juga pernah berkebun di bawah tebing Kg Temir. Tapi aku sendiri tak pasti menanam padi atau ubi. Tapi sewaktu tahun kelahiran adikku Siti Rohaya tahun 1981 ibu dan ayah menanam ubi stela ( keledek ). Sebab wakytu emak berpantang aku dan Mek Jarak menolong ayah menggali ubi stela disitu.Sewaktu usiaku 5 -6 tahun aku sering menemani ayah dan emak ke situ dan aku sering bermain keseorangan dibawah pokok besar,

   Aku juga tidak lupa sewaktu ayah menanam pokok pisang di tanah atas tebing. Ayah akan membawa aku menemani dia mengangkut benih pisang. kalau tak salah aku, benih tersebut mungkin dibekalkan oleh Jabatan Pertanian. masih ku ingat ayah membina danga ( dangau ) atau lebih tepat parkir dan disitu aku duduk dan bermain. Kekadang sepupu aku yang lebih tua dari aku iaitu Abg Man ( orang kg pangil Awang Man ) datang menemani ku kerana kebun ayahnya bersebelahan. Yang tidak aku lupai dia mengajar aku mengail semut didalam lubang semut. Kalau tak silap aku kebun pisang tersebut tidak berapa berjaya, WAlau bagaimana pun tanah itu telah menjadi hak milik orang lain. Tak tau macam mana boleh berlaku. Sebelum kematian arwah emakku, emak ingin berunding dengan empunya yang sekarang tetapi empunya tersebut tidak melayani. Biarlah dia yang menjawabnya diakhirat.



  Aku juga sesekali teringat cincin yang diperbuat dari buah kelapa sawit. Bapa sedaraku yang ku pangil Pok Jalil penah membuat cincin dari buah kelpa sawit, waktu itu kalau tak salah aku berusia 5 atau 6 tahun. masa aku duduk dirumah tok aku iaitu Tok Kumeng di hujung kampung. Rumahnya berhampiran dengan Sungai Terengganu dan ditepi sungainya indah dengan pasir yang memutih. Indah panorama. Di belakang rumah tok aku itu terdapat sepohon kelapa sawit. Dan kelapa sawit tersebut dijadikan cincin. Rasanya budak - budak sekarang tak penah tenguk dah.


  Siapa yang penah mendengar perkataan guyang? Rasanya budak - budak sekarang tak penah tau adanya istilah guyang. Terdapat peristiwa berkaitan guyang dalam kehidupan kanak - kanakku. Sewaktu aku mengikuti orang tuaku ke huma diseberang sungai aku melihat seekor biawak yang besart./ Terkejut juga aku. Aku bagitaui emakku biawak yang besar itu. Tapi mak aku cakap bukan biawak. Tapi guyang. Beberapa hari selepas itu, aku kerumah Tok Ki aku di Pauh. Dan aku menceritakan aku melihat binatang biawak besar itu pada Tok Wan aku. Dengan suara yang pelat dan bersungguh - sungguh aku ceritakan keadaan bintang itu. Tapi Tok Wan aku tak faham. "bewak bukan...kataku. Kalau bukan bewak, buayalah kata Tok wan aku. Aku kata buaya pun bukan... dan aku terus melakunkan keadaan guyang tu.. bayangkan aku merangkak...depan Tok wan aku... kih kih.... 

   Terdapat satu peristiwa yang menjadi aku fobia di Temir. Pada satu pagi sewaktu aku, emak dan Mat Ali masih baby berada dirumah. Manakala arwah ayah pergi menoreh di Seberang Sungai berlaku peristiwa seorang penduduk yang mengalami masalah mental ( biarlah ku rahsiakan namanya ) telah menetak seorang penduduk lain di kampung Temir. Aku terdengar jeritan teriakan dari penduduk, Masa itu aku bermain di laman rumah. Kalu tak salah aku bermain kereta lereng yang kubuat dari penutup plastik bekas teh cap askar dan aku pakukan pada sebatang kayu. Aku termanggu berhampiran tangga. Emak segera menyuruh aku naik. Masa tu terdengar teriakan riuh rendah berhampiran rumah Pak deris. Orang kurang siuman tersebut sebenarnya sentiasa membawa parang dipinggangnya. Nasib baik tetakan tersebut banyak kena pada lengan dia dan kena jahitan juga. Tidak berapa lama kemudian polis datang untuk menangkap  hamba Allah tersebut. Sejak peristiwa tersebut aku amat takut jika terserempak dengan dia. Walaupun aku meningkat reamaja perasaan takut mesti ada dijiwaku.