Khamis, 12 Januari 2017

KEHIDUPANKU 1

KAMPUNG TEMIR

   Aku diberi nama Mohd Hamka bin Osman. Aku seringkali dipanggil mekar. untuk entri ini aku ceritakan tentang kehidupanku bermula dari kecil.

   Ayahku berasal dari kampung Temir manakala emak klu berasal dari kampung Pauh. Jarak antara kampung Temir dan Pauh lebih kurang 3 Kilometer.

Bekas tapak rumah di Temir


   Rumah ibubapaku adalah terletak di Kampung Temir. Namun sekarang rumah tersebut pun telah tiada. Setelah kematian ayahku pada 1996 keluargaku menetap di kediaman tokki dan tokwan aku di Kampung Pauh. Sebagai fakta aku tinggal bersama Tokki dan Tokwan aku semenjak berusia 7 tahun.

   Sebelum berusia 7 tahun aku menetap bersama ibubapaku di Kampung Temir. Kekadang sahaja aku akan tinggal di rumah tokki sewaktu ibu dan bapaku pergi ke huma.

   Kenangan yang masih aku ingat sewaktu aku menetap di Temir, selalu juga aku berjalan kaki ke Pauh bersama ayah dan Emakku. Sewaktu itu kakak aku Mek Jarah telah menetap di Pauh. Maka yang tinggal aku, ayah dan emak sahaja di Temir. Jalan antara Kg Pauh dan Temir waktu itu hanya jalan tanah merah.

    Pada petang sewaktu balik ke Temir, aku bersama ayah melihat sebuah rumah di hujung kampung dikerumuni orang ramai. Ayah mengajak aku pergi ke rumah tersebut untuk melihat apakah yang berlaku. Rupa - rupanya orang  menonton TV baru di rumah tersebut iaitu rumah Pak Talib. Pak Talib merupakan peneroka di Felda Bukit Bading. Peti Tv pada waktu tersebut merupakan barangan mewah. Peneroka Felda zaman tersebut merupakan orang yang senang lah juga, Maklumlah zaman itu kelapasawit mahal. Itulah pengalaman pertama dalam hidup aku menonton atau melihat TV walaupun hanya hitam putih sahaja.

  Arwah ayahku juga kekadang mengambil aku di Pauh menggunakan perahu. Ayah akan parking perahunya di kalang bongor dan berjalan kaki ke rumah Tok Ki aku. Pengalaman menaiki perahu paling seronok dalam hidupku. Sewaktu menaiki perahu dari pauh ke Temir, aku apat melihat keindahan pepohonan serupa kanopy yang memayungi bumi. Zaman tersebut sungai pun tenang dan air yang bersih. Sewaktu balik menaiki perahu, seringkali terserempak orang mandi si sungai Kalang Sejid ( Masjid ) dan Kalang Kilir (  hilir ). Seringkali juga terserempak dengan guyang ( Biawak Besar )

   Aku juga seringkali mengikuti emakku mengangkut air telaga berhampiran rumah Pak Tun Harun. Air telaga selalunya digunakan untuk memasak. Manakala untuk mandi penduduk akan pergi ke sungai Terengganu yang sungainya mengalir deras dan jernih. Paling aku suka mandi di sungai terengganu apabila speed boat melalui kalang mandi dan menghasilkan ombak kecik. Ombak tu yang aku suka sebenarnya. Bayangkan kecil - kecil dulu bermain ombak walaupun kecil.

   Arwah ayahku juga mengajar budak - budak mengaji dirumahku. Zaman tersebut tidak mempunyai kemudahan elektrik. Untuk mengaji, budak - budak akan membawa pelita masing - masing. Ada juga yang kreatif menggunakan pelita buatan sendiri iaitu menggunakan botl kaca ( botol budu pun boleh) dan dimasukkan minyak tanah didalamnya., Sumbunya dibuat daripada kertas suratkhabar danyang digulung dan bahagian kepala sumbu dilapisi kertas aluminium pembalut rokok.

   Sewaktu ku menetap di Temir, ayah dan emak pernah menanam tembakau untuk menyara kehidupan kami. Penah berlaku peristiwa emak telah dipatuk ular di kebun tembakau. kisah ini aku ingat - ingat lupa. Kemudian emak dibawa ke hospital kuala berang dengan menaiki motorsikal. Kejadian ini samar - samar dalam memoriku. mungkin terlalu lama berlaku.

   Ayah dan emak juga pernah berkebun di bawah tebing Kg Temir. Tapi aku sendiri tak pasti menanam padi atau ubi. Tapi sewaktu tahun kelahiran adikku Siti Rohaya tahun 1981 ibu dan ayah menanam ubi stela ( keledek ). Sebab wakytu emak berpantang aku dan Mek Jarak menolong ayah menggali ubi stela disitu.Sewaktu usiaku 5 -6 tahun aku sering menemani ayah dan emak ke situ dan aku sering bermain keseorangan dibawah pokok besar,

   Aku juga tidak lupa sewaktu ayah menanam pokok pisang di tanah atas tebing. Ayah akan membawa aku menemani dia mengangkut benih pisang. kalau tak salah aku, benih tersebut mungkin dibekalkan oleh Jabatan Pertanian. masih ku ingat ayah membina danga ( dangau ) atau lebih tepat parkir dan disitu aku duduk dan bermain. Kekadang sepupu aku yang lebih tua dari aku iaitu Abg Man ( orang kg pangil Awang Man ) datang menemani ku kerana kebun ayahnya bersebelahan. Yang tidak aku lupai dia mengajar aku mengail semut didalam lubang semut. Kalau tak silap aku kebun pisang tersebut tidak berapa berjaya, WAlau bagaimana pun tanah itu telah menjadi hak milik orang lain. Tak tau macam mana boleh berlaku. Sebelum kematian arwah emakku, emak ingin berunding dengan empunya yang sekarang tetapi empunya tersebut tidak melayani. Biarlah dia yang menjawabnya diakhirat.



  Aku juga sesekali teringat cincin yang diperbuat dari buah kelapa sawit. Bapa sedaraku yang ku pangil Pok Jalil penah membuat cincin dari buah kelpa sawit, waktu itu kalau tak salah aku berusia 5 atau 6 tahun. masa aku duduk dirumah tok aku iaitu Tok Kumeng di hujung kampung. Rumahnya berhampiran dengan Sungai Terengganu dan ditepi sungainya indah dengan pasir yang memutih. Indah panorama. Di belakang rumah tok aku itu terdapat sepohon kelapa sawit. Dan kelapa sawit tersebut dijadikan cincin. Rasanya budak - budak sekarang tak penah tenguk dah.


  Siapa yang penah mendengar perkataan guyang? Rasanya budak - budak sekarang tak penah tau adanya istilah guyang. Terdapat peristiwa berkaitan guyang dalam kehidupan kanak - kanakku. Sewaktu aku mengikuti orang tuaku ke huma diseberang sungai aku melihat seekor biawak yang besart./ Terkejut juga aku. Aku bagitaui emakku biawak yang besar itu. Tapi mak aku cakap bukan biawak. Tapi guyang. Beberapa hari selepas itu, aku kerumah Tok Ki aku di Pauh. Dan aku menceritakan aku melihat binatang biawak besar itu pada Tok Wan aku. Dengan suara yang pelat dan bersungguh - sungguh aku ceritakan keadaan bintang itu. Tapi Tok Wan aku tak faham. "bewak bukan...kataku. Kalau bukan bewak, buayalah kata Tok wan aku. Aku kata buaya pun bukan... dan aku terus melakunkan keadaan guyang tu.. bayangkan aku merangkak...depan Tok wan aku... kih kih.... 

   Terdapat satu peristiwa yang menjadi aku fobia di Temir. Pada satu pagi sewaktu aku, emak dan Mat Ali masih baby berada dirumah. Manakala arwah ayah pergi menoreh di Seberang Sungai berlaku peristiwa seorang penduduk yang mengalami masalah mental ( biarlah ku rahsiakan namanya ) telah menetak seorang penduduk lain di kampung Temir. Aku terdengar jeritan teriakan dari penduduk, Masa itu aku bermain di laman rumah. Kalu tak salah aku bermain kereta lereng yang kubuat dari penutup plastik bekas teh cap askar dan aku pakukan pada sebatang kayu. Aku termanggu berhampiran tangga. Emak segera menyuruh aku naik. Masa tu terdengar teriakan riuh rendah berhampiran rumah Pak deris. Orang kurang siuman tersebut sebenarnya sentiasa membawa parang dipinggangnya. Nasib baik tetakan tersebut banyak kena pada lengan dia dan kena jahitan juga. Tidak berapa lama kemudian polis datang untuk menangkap  hamba Allah tersebut. Sejak peristiwa tersebut aku amat takut jika terserempak dengan dia. Walaupun aku meningkat reamaja perasaan takut mesti ada dijiwaku.
















1 ulasan:

  1. The Buffet at Harrah's Resort Southern California - Mapyro
    Welcome to Harrah's Resort Southern 제주도 출장안마 California. The 용인 출장마사지 Buffet at Harrah's Resort 순천 출장샵 Southern California features a wide 하남 출장마사지 selection of 시흥 출장샵 delicious dishes including desserts,

    BalasPadam