Entri ini adalah mengenai kawan - kawan yang membesar bersama semasa kanak - kanak. Walaubagaimanapun mereka telah hilang dari radar samada telah meninggal atau berpindah ke daerah lain.
1. Arwah Badli Latif
Lebih dikenali dengan nama Bar. Sememangnya sejak dari belum sekolah kami telah berkawan. BAr merupakan orang kuat dan penting dalam bermain bolasepak. Maklumlah beliau merupakan tuan bola. he he he he. Kalau berbalah dengan dia, alamak tak dapat main bola lah.
BAr merupakan anak kepada Cikgu Latif. Dia yang selalunya mempunyai dan memiliki bola. Kebanyakan rakan sebaya kami akan main bola yang beliau miliki. Bar juga seoarang yang lincah bermain bola sewaktu kanak-kanak. Selalu kami akan bermain bola berhampiran pokok ara setentang dengan rumah Pak Nik Harun.
Arwah Badli sewaktu tingkatan 4
Selain bermain bola, Bar juga lincah bermain takraw, badminton an boleh dikatakan sportman. Dia juga mahir bermain perang - perang dalam belukar keluduk di padang sekolah.
walau bagaimanapun badli telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1990 kalau tak salah ingatan saya, Semoga rohnya di rahmati Allah. amin
2. Rosli Muda.
Rosli Muda bukanlah merupakan anak jati Kg Pauh. Keluarga rosli berpindah ke kampung Pauh pada tahun 1980 sewaktu saya dalam darjah 3. Ayah beliau merupakan kakitangan LLN ( sekarang TNB) yang bertugas menghidupkan genarator untuk bekalan elektrik di kampung Pauh.. Rosli dan keluarganya berasal dari Seberang Takir, Kuala Terengganu. Keluarga beliau menyewa rumah Pak Man Dibuk seaktu tinggal di kampungku. Adik beradik rosli yang aku ingat adalah abgnya Rifin, kakaknya Semek, adik dia Zura ( beza 2 atau 3 tahun dari batch saya ) dan Din adik lelakinya.
Masa darjah 3, aku juga rapat dengan Rosli sewaktu didalam kelas kerana meja kami bersebelahan
Kami mengelarkan beliau dengan nama Rosli Api untuk membezakan dengan kawan - kawan lain yang bernama rosli. Lagipun pada waktu itu, di kampung Pauh terlalu ramai budak - budak bernama Rosli. LAma kelamaan rosli api itu bertukar menjadi pangilan Rosli Apek.
Rosli ini juga seorang yang lincah bermain bola sewaktu zaman persekolahan sekolah rendah. Sewaktu awal persekolahan di SK Pauh, Rosli juga sering membawa kuiah dan nasi lemak untuk di jual di sekolah. Yang pasti nasi lemak yang dijual oleh Rosli juga sedap.
Keluarga Rosli berpindah dari kampung saya pada tahun 1984. Namun begitu Rosli Apek masih bersekolah di SMTAI kuala berang sehingga tamat SRP dan aku sehingga kini tidak penah berjumpa lagi dengan beliau.
Sewaktu aku praktikal pada tahun 1993 di Kuala Terengganu, kalau tak salah aku selalu berserempak dengan adik dia, Zura di stesyen bas Kuala Terengganu. Namun aku tak bertegur sapa. Mungkin dia pun tak mengenali lagi aku.
3.. Zulklifli Mamat
Zulkifli Mamat berpindah ke kampung aku kalau tak salah pada tahun 1982. Sebelum itu keluarganya telah bermastautin terlebih dahulu di Kampung Tanjung Baru. Keluarga beliau berasal dari Kuala Terengganu dan berpindah ke daerah kuala Berang kerana ayahnya berkerja di Projek Empangan Kenyir. Keluarga beliau menyewa rumah arwah Tok bilal iaitu setentang dengan rumah Shaari-shikin Cg Latif. Pada masa sekarang, rumah tersebut telah tiada kerana dirobohkan oleh anak arwah tok bilal,
Zulkifli juga aktif dalam permainan bolasepak dan ayahnya juga seorang peminat bolasepak tegar barangkali. Seringkali juga ayahnya bermain bolasepak bersama-sama penduduk kg pauh. Malah sewaktu tinggal di Kg Tanjung Baru, ayahnya selalu ke padang bola untuk bermain bolasepak dengan belia kampung.
Zulkifli merupakan seorang budak yang baik dan tak berapa nakal macam kanak - kanak kampung yang lain. Kebanyakan waktu beliau berkawan dengan kanak - kanak kampung sewaktu bermain bolasepak dan waktu persekolahan sahaja.
Zulkifli dan keluarganya berpindah dari kampung pada akhir tahun 1983 setelah tamat sekolah rendah, Sejak dari itu, saya tidak penah berjumpa lagi dengan kawan sepermainan ini. Mungkin kalau terserempak pun, pasti saya tidak mengenalinya lagi.
Zulkifli dan keluarganya berpindah dari kampung pada akhir tahun 1983 setelah tamat sekolah rendah, Sejak dari itu, saya tidak penah berjumpa lagi dengan kawan sepermainan ini. Mungkin kalau terserempak pun, pasti saya tidak mengenalinya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan