Ahad, 28 Mei 2017

SEMAMBU



   Sewaktu aku belajar di polisas selama setahun ( 2000 -2001). Aku menyewa bersama2 beberapa orang coursemate aku dan senior aku. Jumlah penyewa adalah seramai lebih kurang 10 orang. Sewa yang dikenakan lebih kurang 50 rial sebulan untuk setiap penghuni.

    Lokasi rumah sewa tersebut ada berhampiran dengan kilang SITTAT. Jarak rumah sewa ke polisas lebih kurang 4 kilometer. Setiap pagi untuk ke kelas, aku  menunggang motorsikal Yamaha SS110 bernombor TS 1302.

    Nama teman serumah yang menyewa bersama sewaktu semester ke 5 ialah Anuar Musa ( belajar hanya sebulan dan berhenti), Asri, Salimi dan najib. Manakala senior pula adalah pha, helmi ( budak mersing) fauzi ( budak pahang), azwan ( budak camerun highland) dan seorang bekas student polisas yang sudah bekerja ( aku lupa nama. Orang besut ).

    Rumah yang kami duduki  mempunyai 3 bilik dan 1 bilik air dan 1 bilik tandas. Sesuatu masalah yang timbul apabila waktu pagi untuk menunggu turn mandi. Bayangkan dengan penghuni 10 orang berebut bilik air dan tandas. Kekadang aku mandi di tandas selepas buang air besar. Malah ada juga yang dengan selamba badak mandi di luar rumah.

   Berhampiran rumah sewa tersebut di hadapan kilang sittat terdapat kedai makan kepunyaan cina. Di hadapan kedai terdapat kereta sorong menjual sup celup kepunyaan orang melayu. Sup celup dia memang sedap. Seringkali juga aku beli bungkus dan makan dirumah sewa. Tak tergamak aku makan di kedai cina tersebut.

    Terdapat juga gerai peniaga kelantan di lokasi berhampiran rumah sewaku. Gerai ini nasi kerabunya memenuhi seleraku. Dia punya kuah pekat tu yang sedap. Selalu aku minum di gerai ini semasa hari sabtu.

   Pada semester ke 6 akhir tahun 2000 hingga mei 2001 berlaku perubahan penghuni rumah sewa aku. Pada awalnya sukida masuk dan dikuti oleh din ( nama penuh aku lupa dah. Orang besut ). Terdapat juga penghuni junior kami iaitu pelajar semester 5 iaitu rani, nasir ( budak tabligh) dan Mr. X ( memang digelar mr x dan aku pun lupa dah nama dia berasal dari kok lanas, kelantan)

   Pada awal semester 6 adalah bulan ramadan. Pada tahun 2000 berlaku 2 kali sambutan raya iaitu bulan januari dan bulan disember. Maka bulan puasa akhir tahun itu aku sambut di kuantan. Waktu berbuka puasa selalunya kami ke warung ( food court ) berhampiran stadium. Makanan warung yg selalu kami pergi boleh tahan murah dan sedap. Walau bagaimanapun food court tersebut telah tiada pada masa sekarang dan kawasan tersebut berhampiran eastcourt mall.

    Manakala untuk bersahur selalunya di restoren natam disemambu. Tetapi selalunya restoren natang selalu tutup awal lingkungan pukul 1 pagi. Sekiranya nak bersahur lewat kami akan ke restoren mamak berhampiran terminal bas berdekatan stadium. Sekarang ni terminal bas pun yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan