Khamis, 11 April 2019

AKU, ORANG PUTIH DAN KALANG SEJID

Marie ( gambar diambil dari facebook beliau)

Pada akhir dekad 70an terdapat seorang wanita eropah yang berasal dari Peranchis telah menetap beberapa bulan di Kampungku. Mungkin waktu itu beliau menyiapkan tesis pengajian beliau. Wanita tersebut bernama Marie. Beliau telah menyewa rumah bapa saudara sabitku iaitu Pak Soh. Rumah itu bersebelahan dengan rumah bapa sedaraku Ayah Ngah.

Wanita Eropah itu bergaul mesra dengan penduduk setempat dan ramai wanita sebayanya telah berkawan rapat dengannya sehingga kini. Beliau juga banyak mengambil gambar penduduk - penduduk dikampungku. MArie juga penah  mengambil gambar sepupuku iaitu Azmi dan adiknya Azman diatas 'lambor' rumahnya.

Pada waktu wanita Eropah tersebut menetap dikampungku statusnya masih bujang tetapi telah bertunang. Ada juga sesekali tunangnya menziarahi beliau. Aku rasa pada ketika itu adalah pertama kali aku melihat orang putih secara nyata.

Tetapi entri ini sebenarnya sedikit salah anggapan ku pada seseorang yang putih juga. Aku agak pada ketika itu aku berusia 5 atau 6 tahun aku mandi di Kalang Sejid bersama arwah mak pada waktu pagi. Mak aku ketika itu membasuh pakaian di tangga konkrit kalang sejid tersebut. Pada ketika itu kalang sejid mempunya tangga untuk menuruni ke sungai dan ramai penduduk yang membasuh dan memberus pakaian beralaskan tangga konkrit tersebut. bak kata orang baru sedap memberus.

Kakna ( gambar diambil dari facebook )

Sedang aku tengah memerhati emakku membasuh pakaian, ku lihat 3 orang gadis cantik menuruni tangga menuju ke sungai. Semuanya ku lihat putih selepuk. Secara spontan aku tanya emakku.." orang putih ke mak?. Emakku dengan selamba menjawab orang putih mana pulak. Ana ke tu. Rupanya mereka yang kusangka orang putih itu adalah anak dara kampungku yang aku rasa Kak Na Hj anak manakala 2 lagi tu mgkin kakak pada kakna dan seorang lagi aku tak ingat. Mungkin ku sangka mereka adalah orang eropah/orang putih kerana kulit putih an hidung pun mancung2 mcm orang putih. Lagipun zaman tersebut kebanyakan orang perempuan tak bertudung. Jadi bila dah putih hidung mancung maka ku sangka anak dara orang putih lah


#entri dari bulan januari 2018. Terlupa untuk diterbitkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan