Setelah ku kelebek kelebek blog ku rasanya telah setahun aku tak mengemaskinikan entri. dengan kedatangan januari 2018 ini bermakna 5 tahun telah aku berkhidmat di JPS Hulu Terengganu. Seperti baru semalam aku bertukar. Cepatnya masa berlalu
Kedatangan 2018 juga bermana telah 3 tahun aku tinggal di rumahku sendiri di Lot PT 10174 Padang Gaung, Kampung Gaung, Kuala Berang
2018 juga bermakna telah 3 tahun ibuku telah meninggalkan aku iaitu pada tarikh 14 Mei 2015 hari khamis lebih kurang pukul 12.30 tgh. Semoga roh ibuku ditempatkan bersama roh para aulia.
2018 juga bermakna 22 tahun ayahku telah meninggalkan aku iaitu pada tarikh 22 November 1996 pada pagi jumaat lebih kurang jam 2.00 pagi di Hospital Kuala Terengganu. AL fatihah. semoga ayahku ditempatkan bersama pada aulia bersama ibuku juga.
2018 juga bermakna 13 tahun usia perkahwinanku bersama isteri tercinta iaitu Norlinda Binti Mordi dan semoga hubungan ini kekal ke jannah. amin
2018 bermakna usia kedua cahaya mataku iaitu Nur Liyana Hannan dan Nur Hayani Hannan akan meningkat ke 12 tahun dan 11 tahun. Semoga puteri- puteri berjaya dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat.
gambar tahun 2018 di kandang lembu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan