Khamis, 11 April 2019

SK PAUH : AKU DAN GURU

Masih lagi entri berkaitan sekolah. Aku mulai mengerti erti pendidikan atau pembelajaran sewaktu berusia 7 tahun. Sebelum itu tidak pernah belajar secara formal. Lukis pun hanya ditanah dengan kayu je.

Pada tahun 1978 aku mula bersekolah di SK Pauh. Dengan berpakaian sekolah baru aku melangkah penuh gah bersama beg dan sedikit buku tulis ke sekolah. Kasut yang aku pakai waktu darjah 1 kalau tak salah kasut kepala ikan "kuak" ( ikan haruan ). Mungkin generasi aku dan keatas tau istilah kasut sekolah ikan kuak. Entri ini adalah berkaitan dengan Guru - guru yang berkaitanh dengan kehidupan aku di SK Pauh.

Cikgu Abd Latif

arwah Cg Latif ( dari FB anak beliau )

Cikgu Abd Latif berasal dari kampung Pauh. Beliau lebih dikenali dengan panggilan cikgu Latig Gemuk. Mungkin kerasa keadaan fizikal beliau digelar begitu. Aku harus berterima kasih pada beliau kerana dia yang mengajarku cara memegang pensil  dengan betul. Pada hari pertama bersekolah aku memegang pensel dengan cara mengenggam pensil. ( cuba bayangkan cara pegang micropon tapi mata pensil ke bawah. begitu lah cara aku mula pegang pensil. Jangan ketawa... )

Subjek yang beliau ajar yang masih aku ingat adalah Bahasa Malaysia dan Matematik. PAling diingati sewaktu mengajar ,mengajar ABC beliau akan menyebut " buat bulat dan letak palang" kalau buat huruf A kecik. Kalau huruf J beliau akan menyebut " buat macam mata kail dan letak titik atas" untuk huruf J kecik. Cikgu Latif juga adalah cikgu Kelas untuk darjah 1 yang murid - muridnya tak penah memasuki tadika. Kebanyakannya muridnya masih buta huruf kecuali yang penah menumpang di darjah satu pada tahun sebelumnya. Cikgu latif berpindah dari SK pada tahun 1979. Cikgu Latif telah meninggal pada awal tahun 1993. Alfatihah untuk arwah moga rohnya dicucuri rahmat

Cikgu Roslan Bin Osman

Cikgu Roslan berasal dari Perak. Cikgu Roslan Mengajar Bahasa Inggeris dari darjah 1 hingga aku darjah 6. Pada tahun 1979 beliau merupakan Cikgu Kelas untuk darjah 2. Aku difahamkan cikgu Roslan mula - mula dipostingkan di SK Pauh. Cikgu Roslan merupakan cikgu yang baik tetapi kekadang sedikit garang atau bekeng. Tetapi kekadang lah. Cikgu Roslan selalu membawa  kami ke luar kelas dengan mengusung kerusi masing - masing dibawah pokok jati atau pokok mempelam. Belajar dibawah pokok lebih selesa dari kelas sebab lebih berangin. Adakah masa kini terdapat cara begini lagi?

Ustaz Mat ( @ Mohamad? )

Ustaz Mat mengajar subjek Agama Islam dari darjah 1 hingga darjah 3 iaitu dari tahun 1978 hingga 1980. Ustaz mat kalau tak salah aku berasal dari Kampung Buluh. Ustaz Mat juga merupakan ustaz yang baik dan kalau ada yang degil atau tak dapat jawab solan akan kena "lekup" dikepala dengan permata cincinnya yang besar. Pada tahun 1981 ustaz Mat telah berpindah dari SK Pauh dan digantikan dengan ustazah Zainab.

Cikgu Mohamad bin Isa

Cikgu Mohamad berasal dari Kg Dusun Hulu Terengganu. Beliau mula mengajar di SK Pauh dari tahun 1979 bersama dengan Cikgu Ghani. Beliau mula mengajar aku dari darjah 2, darjah 3 dan darjah 6. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dari darjah 2, 3 dan 6. Beliau juga seorang cikgu yang baik. Kalau tak salah aku, beliau juga mengajar matematik sewaktu aku di darjah 3 dan beliau akan mewajibkan setiap murid menghafal sifir..Cikgu Mohamad menjadi Guru Kelasku sewaktu aku darjah 3 dan darjah 6. Beliau sekarang telah lama pencen dan masih menetap di Kg Dusun. Akhir 90an dan awal 2000an aku sering serempak dengan beliau di Kuala Berang dan selalu sembang denganku. Beliau juga mengenali adikku walaupun beliau tak penah mengajar adik aku.

Cikgu Ghani

Cikgu Ghani juga berasal dari kg Dusun dan mula mengajar di SK Pauh pada tahun 1979 bersama dengan cikgu Mohamad Isa. Beliau tidak penah menjadi guru kelasku sepanjang pengajian sekolah rendahku. Cikgu Ghani mengajar mata pelajaran Sains sewaktu aku darjah 3. Yang paling aku ingat, beliau menyediakan soalan peperiksaan penggal di dalam kelas. Malah murid - murid bebas untuk melihat soalan yang dibuat oleh beliau. Tetapi waktu dulu bukan macam sekarang, soalan peperiksaan penggal adalah sulit. Waktu itu guru hanya membuat soalan penggal pada kertas karbon dan kekadang kami melihat ramai - ramai cikgu melukis rajah pada kertas karbon dengan menggunakan kertas. Nama sebenar cikgu Ghani aku telah lupa. Pada masa sekarang cikgu Ghani menetap di Kg Bidur dan telah berusia. Moga Cikgu Ghani sentiasa sihat.








# entri dari tahun 2018. lupa untuk diterbitkan








Tiada ulasan:

Catat Ulasan