Khamis, 13 Disember 2012

Nasi Bungkus




   Nasi bungkus lauk gulai ikan selar, sejuring telur dadar dan sedikit sayur. Saya rasa kalau di kuala Lumpur, nasi lauk sebegini mungkin berharga RM4 hingga RM4.50. Tetapi nasi bungkus ini saya beli dengan harga RM6.00. 

  Untuk pengetahuan pembaca ( jika yang sudi membaca ) sebegitulah kami penduduk kuala berang terpaksa menghadapi bebanan harga makanan yang terlampau mahal. Perkara ini tidak boleh juga dipersalahkan kepada pengusaha - pengusaha restoren kerana mereka juga terpaksa membeli bahan - bahan mentah dengan harga yang mahal juga.

  Sebagai makluman, harga ikan selayang ( setengah negeri memangil ikan sardin ) dikuala berang pun dah berharga RM8 hingga RM12 sekilo. Dan bayangkan jika harga ikan lain seperti ikan kembung, ikan selar, ikan kerisi semestinya berharga lebih tinggi dari ikan selayang tersebut.

  Saya juga sebenarnya amat mencemburui hargai ikan di negeri sebelah utara seperti di Kedah dimana saya pernah melihat ikan dijual sebegitu murah di pasar. Saya pernah melihat ikan kembung yang segar dan bersaiz sederharna hanya berharga RM3 hingga RM4 di Pasar Sungai Petani. Alangkah bertuahnya jika harga ikan juga boleh didapati dengan murah di Kuala Berang. Tapi itu mungkin hanya mimpi yang takkan jadi kenyataan..

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan