Ahad, 6 Januari 2013

Ikan Baung Masak Asam Tempoyak

   Petang Selasa minggu lepas aku jalan - jalan ke pasar malam Kuala Berang bersama - sama dengan keluarga aku.

  Aku terlihat ada orang jual ikan sungai ( sebenarnya ikan tasik kenyir ). Aku beli lah dua eko ikan baung. sebab dah lama tak makan. Harganya RM16.00. Aku minta kurang RM15.00. Penjual tu bagi je lah. Katanya sama-sama saing. Dok berkira mana. 

  Tengahari  rabu minggu lepas aku pun masak lah ikan baung tersebut dengan resipi Ikan Baung Asam tempoyak. Bahan - bahannya adalah seperti di bawah :-

1. Ikan Baung  seekor

                                                   ikan baung yang telah disiang dan dipotong 

2.   Bahan - bahan yang diblender
a. Bawang putih - aku guna 3 butir
b. Bawang besar - 1 biji
c. Bawang merah - 3 butir
d. Halia - secukup rasa ( agak2 ler nak letak berapa pun )
e. Lengkuas - secukup rasa )
f. Kunyit - (secukup rasa )
g. Daun kesom ( secukup rasa )
h. Serai 2 batang ( hiris halus - halus )



                                                    sebahagian dari bahan - bahan utk blender



Semua ada dalam blender


Setelah bahan - bahan tersebut siap diblender

3. Sedikit Minyak masak untuk menumis
4. Tempoyak 
5. Asam keping ( Kalau tempoyak dah masam sangat tak perlu letak asam keping )
6. Budu
8. Cili padi/lada burung  tumbuk dengan lesung( kalu nak pedas letak banyak )-boleh juga diblender bersama dengan bahan yg diblender

Cara - cara memasak

   Panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan yang telah diblender kedalam periuk dan biarkan bahan tersebut mengeluarkan bau dan mendidih.


Bahan yang siap diblender









rempah ratus yang telah diblender dimasukkan kedalam periuk

   Setelah bahan blender telah masak, masukkan tempoyak dan kacau perlahan - lahan. Seterusnya masukkan garam secukup rasa.



Kelihatan tempoyak dimasukkan kedalam periuk

   Setelah bahan-bahan tadi mengeluarkan bau yang enak dan agak masak, masukkan ikan baung serta asam keping. Lumuri ikan dimasukkan kedalam periuk dengan rempah dengan mengunakan senduk dan tutup periuk. Ini adalah supaya rempah tersebut meresapi kedalam isi ikan. Setelah ikan separuh masak, barulah dimasukkan air sebagai kuah. 


Ikan yang telah dimasukkan kedalam periuk

asam keping dimasukan. ( aku tersilap masuk dua keping terus masam )


periuk yang ditutup supaya rempah menyeresapi ke isi ikan


  Masukkan cili padi yg ditumbuk ke dalam periuk

    Setelah kuah mengelegak, cili yang telah dihancurkan kedalam periuk. seterusnya masukkan sedikit daun kesum dan sesenduk budu. Dan biarkan kuah mengelegak dalam 3 - 5 minit dan masakan ini telah siap.


Masukkan sedikit daun kesom


  masukkan sesenduk budu

masakan dah masak.


   Sedap dimakan sewaktu panas - panas. Boleh juga menggunakan ikan patin atau ikan apa - apa pun menggantikan ikan baung jika ikan baung susah didapati. Sekian, selamat mencuba

Sabtu, 5 Januari 2013

Masak Lemak Kulit Rambai

    Sekarang ini adalah musim buah-buahan. Buah - buahan yang selalu nampak dijual sekarang seperti duku, langsat ( tak berapa nak ada ), rambai manakala durian baru lepas musimnya.

   Penduduk di negeri Terengganu selalunya akan menggunakan buah rambai secara optimun, dimana isinya akan dimakan. Selalunya ditelan sekali dengan biji rambai. Pasti keesukannya akan susah nak buang air besar jika makan terlalu banyak. Kalau zaman sebelum awal 1980an, musim - musim buah seperti ini, pasti akan banyak tumbuh anak - anak pokok seperti pokok rambai, duku, langsat dan juga manggis ( ada ke? aku pun tak perasan ). Sebabnya pada zaman itu orang buang air besar di belukar dan yang keluar sebagai kumuhan itu seperti biji buah yang ditelan.

   Pada minggu lepas, anak aku nak makan buah rambai. Sewaktu aku dan keluarga ke pasar malam di Kuala Berang, aku beli seikat buah rambai berharga RM3 seikat. Rasa macam mahal, tapi anak nak makan juga terpaksa lah beli walaupun harga duku lebih murah dari harga buah rambai.

   Anak aku memakan buah rambai manakala kulitnya aku suruh mereka simpan untuk dimasak. Dengan seikat buah rambai tersebut dapatlah untuk sekali buat masakan masak lemak kulit rambai.

K

   Generasi sekarang mungkin ramai yang tidak mengetahui cara - cara untuk memasak kulit rambai. Alhamdulillah aku masih boleh memasak kulit rambai melalui pertanyaan dan melihat emak aku memasak kulit rambai sebelum ini. Dibawah ini aku bagilah resipi lebih kurang cara memasak kulit rambai. 

Bahan - bahan 

1. Kulit Rambai 
2. Ikan selayang/ikan kembung  ( tapi lagi sedap ikan selayang sebab lebih manis ) - 3 ekor 
3. Kerisik ( orang kampung aku panggil nyiur gula dan lagi sedap jika dibuat sendiri dari yang dibeli )
4. Bawang Putih - secukup rasa
5. Bawang Merah-secukup rasa
6. Garam - secukup rasa (aku lebih suka guna garam kasar )
7. Santan


Cara - cara memasak

1. Kulit rambai

   Kulit rambai dicelur terlebih dahulu. Apabila air mula mendidih angkat periuk rebusan kulit rambai dan toskan airnya. Setelah kulit rambai agak sejuk, taburi segengggam garam kasar ( tak pasti boleh atau tak letak garam halus ) dan ramaskan kulit rambai bersama garam tersebut. Cara meramas seperti meramas kelapa parut untuk mendapatkan santan. 

  Setelah tamat proses meramas bersama garam, basuhkan kulit rambai dan ulang proses meramas sehingga 2 kali supaya rasa masam kulit rambai dapat dikurang kan.

2.  Ikan selayang/ikan kembung

   Ikan selayang direbus dan dimasukkan sedikit garam dan asam keping. Setelah ikan masak, ambil isinya sahaja dan hancurkan lebih kurang isi ikan tersebut.

3. Kerisik  ( nak guna yang beli pun boleh, tapi rasanya tak sedap jika buat sendiri )

   Ambil segenggam kelapa parut/nyiur kukur. Gorengkan dalam kuali tanpa minyak dan menggunakan api yang kecil. Selepas kelapa parut bertukar warna perang kehitaman dan mengeluarkan aroma yang mengasyikkan bolehlah diangkat dari kuali. Setelah itu kelapa parut yang telah digoreng ditumbuk didalam lesung batu sehingga mengeluarkan cecair. Bila keluar cecair tersebut, maka siaplah kerisik/nyiur gula anda.

4. Bawang putih dan bawang merah


   Hiriskan bawang putih dan merah halus2. Cara hirisan terpulang lah. Kalau malas nak hiris halus, hiris je lah secara kasar. Bukan orang marah pun kang. Nak makan untuk diri sendiri.

Prosedure Memasak

  Setelah semua proses diatas siap, masukkan santan didalam periuk, dan seterusnya masukkan hirisan bawang. Santan dimasak menggunakan api sederhana dan perlu sentiasa dikacau. Setelah santan mendidih, masukkan isi ikan selayang dan juga garam. Jangan terlupa garam, nanti tawar pulak.

   Seterusnya masukkan kerisik dan yang terakhirnya masukkan kulit rambai. Jangan biarkan masakan lambat diangkat setelah masukkan kulit rambai kerana mengakibatkan masakan kulit rambai akan masam. Tempoh masa mungkin antara 3 hingga 5 minit dari masa kulit rambai itu dimasak. Tip yang paling utama untuk memasak kulit rambai ini, jangan sesekali masukkan kulit rambai waktu awal memasak kerana akan mengakibatkan masakan terasa masam dan silap-silap masakan anda ini masuk ke longkang. 


Masak lemak kulit rambai

   Resipi yang aku bagi ini adalah menggunakan bahan asas sahaja. Masak ini juga boleh juga dimasukkan lada besar, petai, kacang panjang dan juga udang kecil. Sekian, selamat mencuba


   











  





 

Selamat Tahun Baru 2013

   Walaupun agak lewat 3 hari entri ni aku nukilankan, tapi tak salah untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2013. Semoga tahun baru ini memberi harapan yang lebih ceria dalam meniti liku - liku kehidupan ( ayat stereotype deh )

   Tahun Baru maka bermakna akan beranjaklah lagi satu angka umur kita. Pada 12 Februari 2013 nanti maka bertambahlah umurku menjadi 42 tahun. Tua dah juga aku rasa. Tapi hatiku rasa masih muda. Terasa cepat masa berlalu pergi. 

   Tahun ini juga bermakna anak sulung aku, Yana dah masuk darjah 1 ( atau tahun 1? ) di Sek  Keb Tengku Ampuan Intan. Hari ini merupakan hari pertama yana ke sekolah. Macam mana agaknya dia sekarang kat kelas. Semoga Yana ok. Sepatutnya hari persekolah bermula pada 1 Jan 2013 tetapi berlaku masalah banjir di kawasan sekolah. maka persekolan bermula pada 3 Jan 2013.

   Manakala si adik pulak , Yani meneruskan pengajian ( cehhh macam belajar kat U bila guna perkataan pengajian) di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Kuala Berang dan ditempatkan di kelas An-naim ( dulu nama kelas saidina abu bakar-waktu zaman akaknya yana )



 

Selasa, 18 Disember 2012

Gerai ICT Pak Nong



                                          Kenapa ramai - ramai kerumun ni?

   Nak cerita bab ICT pulok lah. Bukan ICT berkaitan teknologi komputer pulak. Tapi ni ICT yang terkenal kat Terengganu ni. ICT ni yang dimaksud kan adalah Ikan Celup Tepung. 

  Kebiasaannya aku kalu nak makan ikan celup tepung ke, sotong celup tepung ke aku selalu ke pantai tok jembal yang berdekatan dengan airport Kuala Terengganu. Sesekali ada juga aku makan ICT kat pantai kelulut Marang.

   Semenjak lepas raya puasa baru - baru ni, aku cuba cari kedai ICT yang member aku bagitau lagi sedap. Dia bagitau kat aku, tempatnya kalau melalui depan UMT tu, jalan terus je tak payah masuk ke laluan maktab guru Batu Rakit tu. Kebetulan pada masa tu, wife aku ajak beli keropok kat mengabang lekor. Lepas beli keropok aku ajak wife cuba cari gerai yang member aku penah bagi tau.

   Dalam percarian itu, ternampak sebuah gerai yang 'cikai' je. Tetapi terlalu ramai manusia dan kereta yang parking kat situ. Aku sempat perati kat gerai tu ada banner GERAI PAK NONG.  Aku pun cuba lah juga makan disitu bersama keluarga aku. Aku ke gerai tu dalam lingkungan pukul 4.30 petang. Terpaksa intai meja yang mana kosong. Sebab terlalu penuh. Dalam kesesakan pelanggan yang ramai tu, dapat juga satu meja kosong yang terpaksa berkongsi dengan sepasang suami isteri. Tapi tak kisah lah, asalkan dapat meja je.

  Selain ikan celup tepung yang terdapat kat sini ada juga sotong celup tepung, udang celup tepung, keropok lekor dan mee goreng. Manakala air minuman yang special di adalah ABC dan Air jagung. Harga makanan tu tak lah semahal mana. Kalau berbanding dengan pantai tok jembal sebelah airport tu lagi mahal. Ikan yang digunakan untuk celup tepung adalah jenis ikan selayang je. Tetapi selayang yang bersaiz besar dan masih segar. Bila makan tu terasa kemanisan dan kelazatan yang tersendiri.

  Cara nak makan disini jangan menunggu dimeja makan seperti  kebanyakan gerai. Terpaksa kena berebut dengan orang ramai. Kalau jenis tak berebut, lambat lah dapat makan. Yang paling laku disini adalah sotong celup tepung. Harga sotong pun tak mahal mana. Bergantung keadaan saiz dan pemerhatian aku harga paling rendah dalam lingkungan RM5.00 seekor.

Gambar pelanggan berkerumun berebut makanan

   Apa - apa pun cuba lah mencari gerai pak nong di area pantai batu rakit. Kalau tak nak serabut dengan orang ramai, datang waktu pukul 3.30 ptg hingga 4.00 petang. Makan pun selesa. Pasti anda berpuas hati.




Udang celup tepung




Sotong celup tepung

Mee goreng ( Lagi sedap curahkan air lada keropok kat dalam mee )


sebahagian makanan yang keluarga aku makan


Ikan selayang celup tepung - saiz besar dan segar



Sebahagian hidangan satu keluarga 6 dewasa dan 2 kanak-kanak


Licin terus dan berbaloi dengan RM82.00

tulang temulang ikan celup tepun

Nasi Gerai Bunga Selasih

Nasi  Bungkus berlauk ikan , hati lembu, sayur dan sambal bilis


    Nasi bungkus ni aku beli kat gerai bunga selasih yang berhampiran dengan pejabat Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Aku berahi beli dan makan nasi kat situ kerana pilihan lauknya yang banyak. Tetapi dimaklumi jika makan nasi disini, parah lah sikit keluar belanja. Seperti dalam gambar tu dengan lauk ikan, hati lembu, sambal bilis dan sedikit sayur berharga RM8.00. Bayangkan kalau aku beli air juga, pasti kena sediakan duit RM10. untuk sekali makan.

 
 

Isnin, 17 Disember 2012

Nasi Kukus Kuala Berang



                                           Nasi Kukus lauk ayam goreng dan telur mata 

    Hari ni aku makan nasi kukus yang aku beli kat kedai makan berhadapan dengan pejabat JKR Hulu Terengganu. Selalunya kedai nasi kukus ni memang penuh orang terutama waktu lunch time. Kalu pergi waktu tengahari antara pukul 12.45 hingga pukul 2.00 petang, memang terpaksa beratur lah untuk mendapatkan sebungkus nasi.

   Tentang harga nasi kukus ni jika lauk ayam adalah berharga RM5.00. Macam yang aku beli tadi dengan lauk ayam goreng dan telur mata lembu ni, harganya RM6.00. Selalunya nasi kukus kedai ini, kuahnya dicampur 3 jenis kuah. Itu yang menambahkan kelazatannya kut.

                                         Nasi Kukus berharga RM6.00

   Kedai ni mula jual nasi kukus pada tahun 2011. Kalau tak salah aku antara bulan februari atau bulan mac 2011. Waktu awal - awal perniagaan nasi kukus, harganya tak lah semahal sekarang. Aku penah membeli nasi lauk ayam goreng dan sedikit sambal bilis baru berharga RM3.60 waktu itu. Memang aku rasa murah sangat waktu itu. Ayam goreng pun waktu tu besar - besar juga. Tak macam saiz sekarang.

   Tetapi apabila dah ramai yang datang dan makin maju, aku nampak harganya dah naik jadi RM5.00 sebungkus yang mengandungi lauk ayam goreng, timun potong 3-4 kepinmg dan sambal bealacan. Paling aku perasan, tuan punya kedai pun makin mekap sekarang. Masa awal - awal dulu nampak simple je...ala macam mak cik kat kampung gitu. he he he.

  Tapi apa - apa pun kedai dia memang ramai orang waktu tengahari. Sebagai tip kalau nak makan nasi kukus kat kedai tu, pilih - pilih lah molek atau baik - baik sikit ayam gorengnya. Sebab acapkali aku beli, terkena ayam goreng yang tak berapa masak lagi. Sekarang ni kalau aku pilih ayam goreng, aku akan pilih bahagian sayap. Selama aku pilih sayap tak penah pulak jumpa tak berapa nak masak.

Nasi Kandar


                                         Nasi Kandar berharga RM11.80

  Aku kekadang suka juga makan nasi kandar walaupun aku bukan peminat nasi kandar tegar. Kalau di Kuala Terengganu, restoren nasi kandar hanya ada dekat Mydin Mall je. Di situ lah aku selalu makan nasi kandar kalau nak ubah selera.

   Pada 11 Disember baru - baru ni, aku makan nasi kandar di restoren tersebut. Aku ambik lauk ayam goreng berempah, dua ketul telur ikan dan sedikit kobis goreng. Manakala untuk minuman pula aku ambik air suam je ( konon macam diet lah kut..hu hu hu ).

  Lepas mamak tu isi nasi dan lauk tu, waktu dikira kos tu, terkejut gila ( nasib baik tak gila ) juga aku bila dengar harga dalam RM11.80. Terasa mahal lah pulak. Selalunya aku makan direstoren tersebut, dengan lauk yang simple begitu harganya dalam lingkungan RM8.50 - RM9.00++. Tak tau lah air suam Restoren mamak tu harga RM2.00 lebih. Boleh pergi India balik hari lah mamak tu gamaknya. Walau bagaimanapun, sepatutnya aku suruh dia kira lagi sekali jika terasa mahal kan. Mungkin silap aku juga.

  Atas ketidakpuas hatiku, pada 17 Disember 2012,  kebetulan aku ada kerja di Kuala Terengganu, aku singgah lagi sekali kat restoren tu untuk makan pagi ( atau makan tengahari? waktu tu dah pukul 11.30 pagi). Aku pun order nasi dengan lauk yang sama iaitu lauk ayam goreng, 2 ketul telur ikan dan sedikit sayur kobis goreng. (Tapi aku lupa nak ambik gambar..) Manakala air pula aku order teh O. Selepas dikira semua sekali baru berharga RM11.20. Sewaktu pengiraan dilakukan, mamak tukang kira tu tunjuk kat aku harga nasi dalam 9.70. Maka harga harga air teh O berharga RM1.50 secawan ( mahalnya .....)

  Kesimpulan yang dapat dikatakan, hati - hati bila makan direstoren nasi kandar terutamanya kat Mydin Mall Kuala Terengganu. Kalu rasa tak puashati dengan harga yang dikira, kena suruh kira lagi sekali. Dan seterusnya harga makanan kat Terengganu memang mahal gila. Kalau orang luar Terengganu dinasihatkan jangan melancung ke negeri Terengganu jika tak mampu menampung harga makanan yang terlalu mahal disini.