Khamis, 12 Januari 2017

citer jamang lamer


Pagik arik turun kair
Mandik di kalang bungor
Blah jalang masauk roak duluk
Birak atah batang getah terbalaik
Ngan marik pulok pacat melintah...


Tejun mandik dalang air
Sejuk siat mandik pagik harik
Ketar ketar tangan pah mandi
Jalan balaik ikut loraung kecik
celah pohong getah


Sappa umah pakka semat
Arik naing arik gilirang
Minaung air dang setegauk
Nok gik tungguk baing
Bawah pohong pelang
Depang umah pok loh kidal


Marik baing mail kacil
Baing kecik urang kuale pueh
Naik baing urang ghamai doh
Capur sekalik tahik getah
Busuk kohong tahang je hidaung
Nok wat guane Wehhh


Sappa tepik ghetok kuala berang
Beloh hok kampaung gaung
Baya tabang 20 saeng
Kene jalang kakik pulok atah ghetok kayuk
Rasa dekat dekat je air
Kaluk jatauh berdebauk dalang air


Arik gilirang tepik air je
Ada juga moto baut nambang
Hok urang temi, hok urang dusung pun ade
Hok pok semang belalang pun ada
Bawak urang nok gik arik gilirang


Sappa arik gilirang gik makang duluk
Lapor perut weh...
Makang nasik lemk sebukuh 30 saeng
Air tee 20 saeng... Semue sekalih samah je..
Keyangg sappa ke lahurrr


Pah makang jalang hala tepik jalang
Dekat pasir urang kapaung jual
Macang2 ade...bayang, sawik, timaung, mamang
Awang cine jual mainang budok ade uge
Urang jual bajuk slua ada uge
Muroh2 belaka
Bawok puloh rial berat nanang bawok alek barang


Bila sappa ke lahurr
Tungguk baing nok balaik pulok
Naik baeng pok arung
Hale balaik naik beloh kuale berang
Dok payah jalang kakik atas ghetok doh
Tengoh jalang di tahang pulok pulis ikang aye
Dok auu kene samang ke dok...
Dahh naek baing kayuk ghamai ekpung


Sappa kapaung sebelah wakaf kayuk
Sappa lah ke kapaung
Sedap uge gik kuale berang arih gilirang
Buleh uge pakka semat semat
Nasaib baik dok musaing ujang
Kalok dok pakat tulak baing lekat
Doh jalang tanah ekpung


Sappa umah bolaih makang nasik
Lauk biase biase je
Buduk cicah pucok ubik kayuk
Sayu pucok kuduk capur ubik beso


He hehe citer jamang lame weh....

Rabu, 11 Januari 2017

Kamera Analog


  Sebelum kamera digital dikeluarkan, semua kamera menggunakan kodak untuk mengambil gambar. Masa tersebut dalam tahun 2004 kebawah masih lagi menggunakan kamera analog atau kamera berkodak.

   Pengalaman hidupku penah mengguna pakai kamera berjenama canon yang aku beli pada awal tahun 1993 dan kamera olympus yang ku beli pada tahun 2001,

   Sebagai catatan kehidupan, kamera pertama berjenama Canon aku beli menggunakan duit pinjaman pelajaran sewaktu belajar di Politeknik Kota Bharu. Pada semester 3 iaitu melakukan Latihan Industri aku telah membeli kamera untuk tujuan mengambil gambar untuk menyediakan laporan latihan industri. Harga kamera yang ku beli adalah dalam lingkungan RM180. Walaubagaimana pun kamera tersebut telah hilang pada tahun 1996 apabila dipinjam oleh rakan sekerja. Namanya biarlah aku je yang tau. Sedih juga klamera tersebut hilang kerana susah untuk ku milikinya.

   Pada Jun 2000 aku telah menyambung pelajaran untuk Diploma Kejuruteraan Awam, di Polisas. Sewaktu semester 6, pelajar diwajibkan membuat laporan kajian ( macam tesis jika ijazah ). Justeru itu aku perlu jua mengambil gambar-gambar yang berkaitan. Setelah aku mendapat pinjaman pelajaran JPA berjuml;ah RM5000 ( banyak juga.. tapi bahagian bayarnya lelah rasaannnn), aku pun beli kamera berjenama olympus. Kamera tersebut aku beli di bandar Kuantan. Yang menemaniku waktu tersebut adalah Salimi kalau tak salah. Sekarang beliau staff JKR Besut. Kamera olympus itu kalau tak salah harganya dalam lingkungan RM700++. Masa tersbut pun sudah ada dipasaran kamera berdigital. Tapi harganya melebihi RM 1000++. bagi aku masa tu harganya terlalu mahal. 


Kamera yang masih ku simpan. Bersama kodaknya tu

PISANG


    Aku telah menanam beberapa pokok pisang di kawasan rumahku pada bulan jun 2015. Benih pisang ini asebahagiannya diberi oleh bapa mertua ku dari Batu Pahat, Johor. Jenis pisang dari batu pahat  yang aku ingat adalah pisang lilin.

     Selain itu terdapat juga benih pisang yang diberi oleh kawan aku iaiu Haji Ahmad Shukri. Aku sendiri tak pasti pisang mana yang diberi oleh beliau. Maklumlah aku jenis pelupa. Banyak makan semut barangkali

Buah Pisang lilin yang terbaru.


    Pokok pisang aku mula mengeluarkan buah pada tahun lepas ( 2016 ). Alhamdulillah kira lebat juga buahnya dan aku hadiahkan pada semua jiran serta kaum keluarga di Kampung Pauh. Biar lah sama - sama merasai.
.
Pokopk pisang berhampiran bilik anak aku


Pisang kelat siam mok hor

ini pisang terjuntai

pisang lilin yang pertama ( first model tuuu)

       Pada tahun ni nampaknya beberpa pokok ligat mengeluarkan hasil. mungkin sebulan dua lagi akan masak. Moga pisang sentiasa berbuah lebat. InsyaAllah boleh hadiahkan pada kawan - kawan.

sebelum akhiri entri terima lah pantun

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas belum tentu dibayar
hutang budi sentiasa dihati😶😶😶😶

LAUK AKHIR TAHUN 2015

28 Disember 2015 aku telah mengambil cuti. Wife ada mesyuarat di Sekolah tempat beliau mengajar. Kebetulan pulak jatuh ke hari rabu.

Aku mengajak anak - anakku jalan ke pasar giliran di Kuala Berang. Rasa teringin nak cari lauk kampung. Boleh tahan juga nak cari tempat parking. Maklum lah akhir tahun. Ramai orang nak membeli pakaian sekolah barangkali.

Usai parking kereta, aku dan anak _anak terus ke tempat mak cik yang berniaga hampar rikar. Nampak terliur rasa nak beli sayur keladi. Harganya 2 rial seikat. Kira boleh lah untuk makan hari ini.

Selain keladi aku juga membeli seikat pucuk ubi steler. Harga serial seikat. Dan seterusnya aku beli ikan lampam 5 ekor dengan harga 5 rial. Tapi ikan tu dah tak berapa molek sangat dah. Boleh untuk menggoreng.


Sayur batang keladi yang telah dipotong

KrSayur keladi siap dimasak



Cara masakan keladi yang aku buat adalah seperti di bawah

Keladi tersebut aku potong - potong seadanya setelah aku buang selaput kulitnya. Lepas tu aku celor sekejap untuk hilangkan kegatalannya. Kalau gatal rasa perit tekak. Setelah tu aku masak bersama - sama bawang merah dan kunyit yang ku tumbuk dalam lesung.  Seterusnya aku masukkan air baru dan masukkan garam secukup rasa, asam keping 2 keping dan daun kesom. Aku juga masukkan lada hitam yang ku tumbuk dengan lesung batu. Bila dekat nak mendidih aku masukkan budu secukupnya.  setelah masak boleh makan.

Sayur keladi ni boleh dimakan sehingga ke malam. Anak - anakku rupanya berahi makan juga. Siap suruh masakkan lagi.

Ikan lampam goreng

Ikan lampam ni aku goreng bodoh. Bahannya aku letak lada boh, serbuk kunyit dan garam halus. Lepas tu aku goreng je lah hingga masak

# entri ni aku type tahun 2015, Terlupa ak terbitkan. hu hu hu

TAHUN 2017

ASSALAMUALAIKUM

       Setelah berkuran lama aku masuk kembali ke blog. Berdebua - debu sangat blog ku ini. Berkurun lama tak masuk. Entri pun hanya 2 tajuk je ditulis setiap tahun. Betapa kemalasannya nak tulis kan. Niat tu ada sokmo nak tulis. Tapi  kesempatan tak berapa nak ada. Mungkin kalh aku di lahirkan bukan sebagai penulis. Sekadar pembaca.

       Ini pun hanya sekadar nak buka je. Dan rasa nak tulis sikit sikit. Lagi pun kalau saya tulis entri agak - agak ada yang baca tak? Siapakah yang sudi membacanya?>

      Tapi apa - apa pun lantak lah. samada ada yang baca atau tidak. Janji Rock. hu hu hu.Sebelum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 MASIHI. Walaupun sebenarnya lewat juga aku ucapkan selamat tahun baru.

                                                             Gambar tahun 2017

Sekian terima kasih dari aku. Azam tahun ni ingin menambahkan entri - entri pada  blog aku.

Selasa, 12 Januari 2016

YAMAHA SS 110 ( PLAT NO TS 1302 TS )


Motosikal cub Yamaha SS110 merupakan satu model yang amat popular pada tahun 1990an. Aku pun turut memiliki motorsikal tersebut pada tahun 1994. Motorsikal tersebut aku miliki dengan secara hutang melalui koperasi kokitab.

Sebelum memiliki yamaha SS aku telah membeli sebuah motosikal honda cub terpakai dengan no plat TK 6796 di kedai motor Jani Jaya di Bukit Payong. Motorsikal ini aku beli dengan harga RM1800 kalau tak silap dengan duit gaji pertama aku sebagai juruteknik



motosikal yamaha SS yang telah dijual pada 23 Feb 2015

Berbalik kepada motorsikal Yamaha SS, aku membeli menggunakan secara pinjaman dengan KOKITAB dengan membayar ansuran RM180 sebulan selama 3 tahun. terasa perit juga masa membayarnya. Maklumlah masa mula - mula bekerja aku hanya memperolehi gaji RM749 + EKA RM80 dan lepas tolak EPF dan pinjaman pelajaran tinggal beberapa ratus je lagi.

Walaubagaimana pun Yamaha SS terlalu besar jasanya kepada kehidupan aku. Dengan motosikal ini juga langkahku makin panjang serta memudahkan urusan kerjaku.

Motorsikal ini juga sebagai 'lori' untukku menolong arwah ibuku mengangkat dan mengangkut jagung dari kebun di Tanjung Pulau dan Tanjung Timbul di Kampung Temir ke rumah untuk jualan di pasar giliran.

Selain itu, motosikal ini juga aku gunakan sewaktu aku belajar Diploma Kejuruteraan Awam di POLISAS pada tahun 2000-2001


Yamaha SS bersama tuan baru

Pada pentengahan tahun 2001 aku mula kurang menggunakan motorsikal tersebut kerana aku telah membeli sebuah kereta proton aeroback terpakai untuk kegunaan harianku. Justeru itu bermula saat itu, motorsikal tersebut banyak digunakan oleh adik bongsu aku.

pada tahun lepas, aku telah menjualnya kerana motor tersebut terperuk dibawah rumah tanpa digunakan. Harga jualan motorsikal tersebut adaalah RM400 tunai. Moga tuan yang baru menjaganya lebih baik dari aku jagai.



Sabtu, 26 Disember 2015

MENUMPANG SEKOLAH


Gambar menunjukkan SK Pauh tahun 70an

Pejam celik pejam celik tahun 2015 semakin berakhir. Tinggal lagi 5 hari tahun 2016 akan
menjelma. Kejadian hari ini akhirnya menjadi satu kenangan yang terpahat dimemori.

Apabila berakhirnya tahun ini, secara langsungnya sessi persekolahan akan bermula. Kanak - kanak berusia 6 tahun akan masuk darjah satu. Sekarang rasanya dipanggil tahun satu.

Pada zaman dulu - dulu pihak sekolah ada juga membenarkan segelintir kanak -kanak berusia 6 tahun menumpang masuk darjah 1.

Sewaktu saya darjah 1, terdapat 3 orang yang menumpang iaitu suhaimi abd latif, nor faizah abdullah dan Mek Seri bin Husain. Ketika itu menumpang dibenarkan kerana belum banyak tadika di kawasan pendalaman. Manakala pelajar terakhir yang menumpang di sek keb pauh yang masih saya ingat ialah zubaidi pok man gaung iaitu pada tahun 1982. Selepas itu rasanya tiada lagi murid yang menumpang.

Sebagai rekod, di kampung saya tadika kemas mula dibuka pada tahun 1978 iaitu semasa saya di darjah 1. Tenaga pengajar kemas waktu itu adalah digelar Kema Hj Ghani ( nama sebenar lupa ) dan dibantu oleh arwah Mak Yah.