Motosikal cub Yamaha SS110 merupakan satu model yang amat popular pada tahun 1990an. Aku pun turut memiliki motorsikal tersebut pada tahun 1994. Motorsikal tersebut aku miliki dengan secara hutang melalui koperasi kokitab.
Sebelum memiliki yamaha SS aku telah membeli sebuah motosikal honda cub terpakai dengan no plat TK 6796 di kedai motor Jani Jaya di Bukit Payong. Motorsikal ini aku beli dengan harga RM1800 kalau tak silap dengan duit gaji pertama aku sebagai juruteknik
motosikal yamaha SS yang telah dijual pada 23 Feb 2015
Berbalik kepada motorsikal Yamaha SS, aku membeli menggunakan secara pinjaman dengan KOKITAB dengan membayar ansuran RM180 sebulan selama 3 tahun. terasa perit juga masa membayarnya. Maklumlah masa mula - mula bekerja aku hanya memperolehi gaji RM749 + EKA RM80 dan lepas tolak EPF dan pinjaman pelajaran tinggal beberapa ratus je lagi.
Walaubagaimana pun Yamaha SS terlalu besar jasanya kepada kehidupan aku. Dengan motosikal ini juga langkahku makin panjang serta memudahkan urusan kerjaku.
Motorsikal ini juga sebagai 'lori' untukku menolong arwah ibuku mengangkat dan mengangkut jagung dari kebun di Tanjung Pulau dan Tanjung Timbul di Kampung Temir ke rumah untuk jualan di pasar giliran.
Selain itu, motosikal ini juga aku gunakan sewaktu aku belajar Diploma Kejuruteraan Awam di POLISAS pada tahun 2000-2001
Yamaha SS bersama tuan baru
Pada pentengahan tahun 2001 aku mula kurang menggunakan motorsikal tersebut kerana aku telah membeli sebuah kereta proton aeroback terpakai untuk kegunaan harianku. Justeru itu bermula saat itu, motorsikal tersebut banyak digunakan oleh adik bongsu aku.
pada tahun lepas, aku telah menjualnya kerana motor tersebut terperuk dibawah rumah tanpa digunakan. Harga jualan motorsikal tersebut adaalah RM400 tunai. Moga tuan yang baru menjaganya lebih baik dari aku jagai.
bro nak jual tak spoiler tu?
BalasPadam