Rabu, 11 Januari 2017

LAUK AKHIR TAHUN 2015

28 Disember 2015 aku telah mengambil cuti. Wife ada mesyuarat di Sekolah tempat beliau mengajar. Kebetulan pulak jatuh ke hari rabu.

Aku mengajak anak - anakku jalan ke pasar giliran di Kuala Berang. Rasa teringin nak cari lauk kampung. Boleh tahan juga nak cari tempat parking. Maklum lah akhir tahun. Ramai orang nak membeli pakaian sekolah barangkali.

Usai parking kereta, aku dan anak _anak terus ke tempat mak cik yang berniaga hampar rikar. Nampak terliur rasa nak beli sayur keladi. Harganya 2 rial seikat. Kira boleh lah untuk makan hari ini.

Selain keladi aku juga membeli seikat pucuk ubi steler. Harga serial seikat. Dan seterusnya aku beli ikan lampam 5 ekor dengan harga 5 rial. Tapi ikan tu dah tak berapa molek sangat dah. Boleh untuk menggoreng.


Sayur batang keladi yang telah dipotong

KrSayur keladi siap dimasak



Cara masakan keladi yang aku buat adalah seperti di bawah

Keladi tersebut aku potong - potong seadanya setelah aku buang selaput kulitnya. Lepas tu aku celor sekejap untuk hilangkan kegatalannya. Kalau gatal rasa perit tekak. Setelah tu aku masak bersama - sama bawang merah dan kunyit yang ku tumbuk dalam lesung.  Seterusnya aku masukkan air baru dan masukkan garam secukup rasa, asam keping 2 keping dan daun kesom. Aku juga masukkan lada hitam yang ku tumbuk dengan lesung batu. Bila dekat nak mendidih aku masukkan budu secukupnya.  setelah masak boleh makan.

Sayur keladi ni boleh dimakan sehingga ke malam. Anak - anakku rupanya berahi makan juga. Siap suruh masakkan lagi.

Ikan lampam goreng

Ikan lampam ni aku goreng bodoh. Bahannya aku letak lada boh, serbuk kunyit dan garam halus. Lepas tu aku goreng je lah hingga masak

# entri ni aku type tahun 2015, Terlupa ak terbitkan. hu hu hu

TAHUN 2017

ASSALAMUALAIKUM

       Setelah berkuran lama aku masuk kembali ke blog. Berdebua - debu sangat blog ku ini. Berkurun lama tak masuk. Entri pun hanya 2 tajuk je ditulis setiap tahun. Betapa kemalasannya nak tulis kan. Niat tu ada sokmo nak tulis. Tapi  kesempatan tak berapa nak ada. Mungkin kalh aku di lahirkan bukan sebagai penulis. Sekadar pembaca.

       Ini pun hanya sekadar nak buka je. Dan rasa nak tulis sikit sikit. Lagi pun kalau saya tulis entri agak - agak ada yang baca tak? Siapakah yang sudi membacanya?>

      Tapi apa - apa pun lantak lah. samada ada yang baca atau tidak. Janji Rock. hu hu hu.Sebelum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 MASIHI. Walaupun sebenarnya lewat juga aku ucapkan selamat tahun baru.

                                                             Gambar tahun 2017

Sekian terima kasih dari aku. Azam tahun ni ingin menambahkan entri - entri pada  blog aku.

Selasa, 12 Januari 2016

YAMAHA SS 110 ( PLAT NO TS 1302 TS )


Motosikal cub Yamaha SS110 merupakan satu model yang amat popular pada tahun 1990an. Aku pun turut memiliki motorsikal tersebut pada tahun 1994. Motorsikal tersebut aku miliki dengan secara hutang melalui koperasi kokitab.

Sebelum memiliki yamaha SS aku telah membeli sebuah motosikal honda cub terpakai dengan no plat TK 6796 di kedai motor Jani Jaya di Bukit Payong. Motorsikal ini aku beli dengan harga RM1800 kalau tak silap dengan duit gaji pertama aku sebagai juruteknik



motosikal yamaha SS yang telah dijual pada 23 Feb 2015

Berbalik kepada motorsikal Yamaha SS, aku membeli menggunakan secara pinjaman dengan KOKITAB dengan membayar ansuran RM180 sebulan selama 3 tahun. terasa perit juga masa membayarnya. Maklumlah masa mula - mula bekerja aku hanya memperolehi gaji RM749 + EKA RM80 dan lepas tolak EPF dan pinjaman pelajaran tinggal beberapa ratus je lagi.

Walaubagaimana pun Yamaha SS terlalu besar jasanya kepada kehidupan aku. Dengan motosikal ini juga langkahku makin panjang serta memudahkan urusan kerjaku.

Motorsikal ini juga sebagai 'lori' untukku menolong arwah ibuku mengangkat dan mengangkut jagung dari kebun di Tanjung Pulau dan Tanjung Timbul di Kampung Temir ke rumah untuk jualan di pasar giliran.

Selain itu, motosikal ini juga aku gunakan sewaktu aku belajar Diploma Kejuruteraan Awam di POLISAS pada tahun 2000-2001


Yamaha SS bersama tuan baru

Pada pentengahan tahun 2001 aku mula kurang menggunakan motorsikal tersebut kerana aku telah membeli sebuah kereta proton aeroback terpakai untuk kegunaan harianku. Justeru itu bermula saat itu, motorsikal tersebut banyak digunakan oleh adik bongsu aku.

pada tahun lepas, aku telah menjualnya kerana motor tersebut terperuk dibawah rumah tanpa digunakan. Harga jualan motorsikal tersebut adaalah RM400 tunai. Moga tuan yang baru menjaganya lebih baik dari aku jagai.



Sabtu, 26 Disember 2015

MENUMPANG SEKOLAH


Gambar menunjukkan SK Pauh tahun 70an

Pejam celik pejam celik tahun 2015 semakin berakhir. Tinggal lagi 5 hari tahun 2016 akan
menjelma. Kejadian hari ini akhirnya menjadi satu kenangan yang terpahat dimemori.

Apabila berakhirnya tahun ini, secara langsungnya sessi persekolahan akan bermula. Kanak - kanak berusia 6 tahun akan masuk darjah satu. Sekarang rasanya dipanggil tahun satu.

Pada zaman dulu - dulu pihak sekolah ada juga membenarkan segelintir kanak -kanak berusia 6 tahun menumpang masuk darjah 1.

Sewaktu saya darjah 1, terdapat 3 orang yang menumpang iaitu suhaimi abd latif, nor faizah abdullah dan Mek Seri bin Husain. Ketika itu menumpang dibenarkan kerana belum banyak tadika di kawasan pendalaman. Manakala pelajar terakhir yang menumpang di sek keb pauh yang masih saya ingat ialah zubaidi pok man gaung iaitu pada tahun 1982. Selepas itu rasanya tiada lagi murid yang menumpang.

Sebagai rekod, di kampung saya tadika kemas mula dibuka pada tahun 1978 iaitu semasa saya di darjah 1. Tenaga pengajar kemas waktu itu adalah digelar Kema Hj Ghani ( nama sebenar lupa ) dan dibantu oleh arwah Mak Yah.

Jumaat, 25 Disember 2015

kerabu jantung pisang bersantan

Pagi tadi wife aku ajak ke pasar jumaat di bukit diman ajil. Tujuannya untuk mencari stok lauk untuk 2 ke 3 hari. Lepas beli 2 -3jenis ikan aku n kuarga pun berangkat balik.

Masa nak balik aku terpandang satu gerai jual pisang dan terlihat 3 tandan jantung pisang. Dalam hatiku berkata sedap juga buat cicah budu jantung pisang tu. Aku pun bertanya pada anak penjual tu berapa rial sutir. Budak tu cakap sutir serial, kalu 3 butir 2 rial. Alang2 dah murah aku beli je lah 3 butir terus. Bila dah banyak terpikirlah pulak buat kerabu jantung pisang sedap juga.

Maka aku pun patah bali ke gerai jual ikan. Beli ikang selayang setengah kilo. Buleh lah 5 ekor ikan selayang untuk letak dalam kerabu.
Kerabu jantung pisang

Gambar diatas menunjukkan kerabu yang baru disiapkan. Nampak santan macam cair. Tetapi selepas sejuk, kerabu akan pekat. Santan dah meresap ke dalam jantung.

di sini saya kabo resipi dia lebih kurang.

2 butir jantung pisang ( jangan pilihikut dang pahit kang- jantung pisang disiang halus2)
3 ekor ikan selayang ( direbus atau panggang tawar buleh gok-ambik isinya sahaja )
Bawang merah 3 ulas ( runcingkan halus2 )
Nyiur gula secukup rasa
Santan 2 rial
Garam secukup rasa.

Cara2 masak.

Celurkan dulu jantung pisang. Bila dah empuk tos kan. 
Seterusnya goreng kering bawang atah kuali dan agak2 dah kuar bau masukkan jantung pisang. Gaul2 kan dan kacau2 kan jantung pisang atas kuali dan agak2 terbit bau masukkan santan pekat tu. Gaulkan slow2 dan masukkan garam secukup rasa. Bila hampir2 masak masukkan nyiur gula. Dah masak angkat cepat-cepat. 

Sekian terima kasih

Rabu, 26 November 2014

Lama menyepi



Lama aku tak masuk blog. Yang last sekali tahun. 2013. Setahun lebih aku tak aktifkan blog. Malah aku sendiri rasa blur nak tulis apa. Rasa dah macam berkarat idea aku.