Isnin, 15 Januari 2018

NASI GORENG TELOR MATA

   Aku mula mengenali telur mata lembu/kerbau pada tahun 1984 sewaktu aku bersekolah tingkatan 1 di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan ( sekarang SKMTAI ). sebelum itu aku tidak tahu rupanya telur boleh digoreng sebiji sebegitu tanpa mengacaunya. Selalunya arwah mak aku atau Tok Wan aku tak penah pulak buat telur mata. Selalunya telur digoreng dadar.

   SMTAI waktu itu mempunyai 2 sessi iatu sessi pagi dan sessi petang. Sessi pagi bermula 7 lebih dan balik jam 1.30 tgh. Manakala sessi petang bermula 1.30 tgh hingga 6.30 ptg. Pada ketika itu Guru Penyelia Petang adalah Cikgu Abdullah Sulong anak jati kampungku.



    Untuk sessi petang, sebelum bermulanya sessi persekolahan kami diwajibkan berkumpul dikantin terlebih dahulu. SEwaktu menunggu waktu persekolah sempat juga menjeling makanan yang dijual dikantin. 

     Bila terlihat nasi goreng + telur mata teringat pada sahabat sekampung iaitu arwah Badli. PAda suatu ketika sementara menunggu kelas sessi petang bermula arwah membeli nasi goreng yang diletakkan sebiji telur mata. Masih terbayang arwah makan nasi goreng berlaukkan telur mata yang kuningnya separuh masak. Sebenarnya masa tu terliur juga melihat arwah makan. Tapi sengaja dipendam sebab perbelanjaan sekolah hanya cukup tambang bas dan makan sewaktu rehat. Kalau tak salah nasi goreng. Kalau tak salah harga nasi goreng tersebut hanyalah 50 sen sahaja iaitu nasi goreng 30 sen sepinggan dan telor mata 20 sen sepinggan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan