Bangunan 2 tingkat SK Pauh
Januari bermulanya alam persekolah untuk sessi baru. dengan musim alam persekolahan ini aku juga ingin mengimbau zaman persekolahan sekolah rendahku. aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pauh, Kuala Berang. Guru Besar yang penah berkhidmat semasa waktu sekolah rendah adalah Cikgu Mat Chah ( Aku lupa nama sebenar beliau). Cikgu Abd Razak bin Yaacob dan Cikgu MAt ( aku lupa nama sebenarnya, yang berasal dari seberang takir Entri ini adalah berkaitan dengan RMT.
Pada zaman aku bersekolah rendah iaitu pada tahun 1978 hingga 1983 semua murid sekolah mendapat RMT. Makanan RMT pada ketika itu hanyalah nasi lemak manakala untuk hari selasa mendapat susu putih tawar sebelum ditukar kepada air kotak drinho berperisa susu strawbery.
RMT sekolah kami dimasak oleh arwah Mak Yah Pok Wahab. Setiap pagi arwah ayah da ( Hj Muda nama sebenarnya ) akan mengambil nasi lemak di rumah arwah Mak Yah menggunakan kereta sorong. Makanan tersebut dihidangkan pada sebuah bangunan kayu lama berhampiran pokok ara besar. Pada awalnya setiap murid perlu membawa pinggan sendiri untuk mengisi nasi lemak. Dalam tahun 1979 atau 1980 sekolah ada menyediakan pinggan. Pingan yang telah selesai dimakan perlu dibasuh sendiri. Pada zaman tersebut tiada lagi kemudahan paip JBA ( sekarang SATU ). Kami hanya membasuh pinggan menggunakan air telaga dan air dari tangki yang menitis pada stopcock. Malah ada yang nakal membasuh pinggan menggunakan air embun yang melekat pada pokok bunga hiasan disekitar sekolah.
Telaga di SK Pauh. disebelah kanan terdapat tangki air
Terdapat3 jenis lauk berdasarkan hari iaitu pada hari ahad nasi lemak berlauk daging. Hari selasa dan rabu adalah nasi lemak berlauk bilis. Mnakala hari khamis nasi lemak berlauk telur sebiji yang perlu dikupas kulitnya sendiri. Nasi lemak yang disediakan tidak selengkap seperti dikedai.. Kalau nasi lemak lauk daging hanya nasi dan daging begitu juga kalau nasi lemak lauk bilis. tiada timun apatah lagi kacang goreng. Walau bagamanapun nasi lemak tersebut kami makan dengan penuh selera. bagi aku sambal bilis nasi lemak itu yang paling sedap walaupun simple.
Nasi lemak akan dihidangkan oleh ayah da dibantu sukarela oleh murid lelaki darjah 5 dan 6. Aku juga sering membantu ayah da menghidangkan nasi lemak. Selalunya aku suka membantu dalam kerja meletakkan lauk nasi lemak. Selalunya yang membantu letak lauk akan dapat nasi lebih dan lauk pun boleh letak lebih sebab sendiri yang letak. maklumlah masa tu aku jenis makan banyak.
Terdapat juga murid yang sdikit nakal 'pow' nasi lebih dengan cara mengambil nasi dari pinggan lain dan memasukkan dalam pinggannya. Kalau ayah da nampak memang kena marah lah. kalau tak nampak kenyang lah yang suka pow. kekadang aku pun paw juga. hi hi hi.
Gambar bangunan yang dijadikan tempat RMT
( gambar awal 70an. masa ni tiada lagi bangunan 2 tingkat )
Nasi lemak RMT zaman saya dimasak menggunakan dapur kayu. Setiap ibubapa/penjaga mesti menyediakan kayu api untuk dihantar pada rumah mak yah. Selalunya gurubesar akan memaklumkan diperhimpunan pagi supaya setiap murid memberitahu kepada ibubapa masing - masing tarikh hantar kayu api di rumah mak yah.
Pada satu ketika penah juga sekolah menternak ayam telur. Kandang ayam dibina secara gotong royong oleh ibubapa murid. Kalau tak silap aku antar tahun 1979/1980. pada ketika itu telur ayam tersebut dibuat lauk nasi lemak RMT. Tapi ternakan ayam telur tidak bertahan lama. kalau tak salah saya tak sampai pun setahun. Kandang ayam dibina di sebelah bangunan kayu tempat makan RMT berhampiran pokok ara besar bertentangan dengan rumah arwah Pok Mat Pandak.
Pada masa sekarang saya rasa pemilihan murid mendapat RMT adalah berdasarkan pendapatan keluarga. Justeru itu waktu sekarang tidak semua murid mendapat RMT. MAkanan RMT sekarang juga telah dipelbagaikan menunya setiap hari dan disediakan oleh kantin sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan