Sabtu, 20 Januari 2018

NASI DAGANG

Nasi dagang merupakan menu  tradisi Negeri Terengganu. Nasi dagang selalunya diperbuat daripada beras pulut dicampur dengan beras biasa. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan nasi dagang yang sedap beras siam wangi digunakan tanpa mencampurkan dengan beras pulut.  Nasi dagang dimakan bersama gulai ikan aye atau ikan tongkol. Ikan aye juga mempunyai 2 jenis iaitu ikan aye hitam dan ikan aye kurik. Aku lebih suka ikan aye hitam kerana dagingnya lebih lembut berbanding ikan aye kulik. Nasi dagang juga selalunya dimakan dengan acar timun. Entri ini adalah senarai nasi dagang yang sedap dan selalu aku makan.

1. Nasi Dagang Kak Pah

Aku selalu makan nasi dagang Kak Pah di gerai foodcourt di Pantai Batu Buruk kuala Terengganu. Selalunya lauk nasi dagang disini adalah ikan aye hitam. Kalu aku makan disini, selalunya aku akan minta lebih bahagian nasi. maklumlah aku jenis makan banyak. Harga nasi dagang kak pah ini agak mahal berbanding kedai lain iaitu RM5 sepinggan.

Nasi Dagang RM5 




2. Nasi Dagang Atas Tol

Nasi Dagang Atas Tol dijual digerai berdekatan kubur Kg Atas Tol, Marang, Terengganu. Aku pun mula - mula pergi makan disini pada tahun lepas iatu tahun 2017. Kalau makan disini perlu beratur panjang. Selalunya kalau makan disini, isteri aku yang beratur. Kalau ikutkan hatiku, rela tak makan pun daripada beratur panjang. Yang paling special disini adalah air teh ombak rindu yang berbuih banyak itu. Selalunya aku tempah gelas besar.

air teh tarik ombak rindu

Nasi dagang telor sutir


3. Nasi Dagang Bukit Payung

Aku mula - mula makan di kedai ini pada tahun 1993 sewaktu aku praktikal sekejap di Pusat Kejenteraan Pertanian Bukit Payung. Kedai ini pada awalnya sebuah gerai kecil dan bertentangan dengan Pusat Kejenteraan Pertanian. Pada waktu itu harga nasi dagangnya kalau tak salah aku  hanyalah 50 sen sahaja. waktu itu aku makan sepinggan nasi dagang dan air Teh O hanyalah RM0.80 sahaja.
Nasi dagang bukit payung

4.  Nasi Dagang Pengadang Baru.

Aku mula makan nasi dagang di pengadang baru ni dalam tahun 2016 kalau tak salah aku. Kelebihan nasi dagang kedai ini adalah kuah cedok sendiri. Ambillah nak banyak mana pun kuah nasi dagang. Harga nasi dagang kedai ini RM3.50 sepinggan. Berpatutan lah juga. Kedai ini banyak pilihan makanan seperti nasi lemak, nasi minyak dan nasi kunyit selain pelbagai kuih muih. Kedai ini dinamakan gerai Mak Cik Gemuk. Lokasi kedai ini adalah laluan kepong ke Pengadang Baru. Kalau dari kepong sebelah kiri sebelum sampai ke simpang Pengadang Baru.



5. Nasi Dagang Kg Tok Lawit ( Kuala Ping ) aitu selepas kg Kuala Ping

Nasi Dagang yang ok bagi aku di kawasan Kuala Berang adalah di Kg Tok Lawit. Lokasi kedai tersebut selepas SK Kuala Ping sebelah kanan ke arah Sungai Tong. Aku mula makan di kedai ini pada tahun 2017 sewaktu ingin menziarahi kematian ibu mertua adikku di Tanah Merah, Kelantan. Setakat ini di Kuala Berang belum ada lagi nasi dagang paling sedap. Tapi kedai ini boleh aku bagi markah B iaitu sederhana. PAda tahun 1990an dulu nasi dagang di Ayu Restoren ( restoren PAk Hamid ) paling sedap dan setaraf nasi dagang area Kuala Terengganu. Tahu semenjak kematian isteri Pak Hamid tiada lagi yang dapat buat nasi dagang sesedap arwah.

Pandangan Kedai dari tepi

Ramai juga pelanggan

Nasi dagang yang aku order









Isnin, 15 Januari 2018

NASI GORENG TELOR MATA

   Aku mula mengenali telur mata lembu/kerbau pada tahun 1984 sewaktu aku bersekolah tingkatan 1 di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan ( sekarang SKMTAI ). sebelum itu aku tidak tahu rupanya telur boleh digoreng sebiji sebegitu tanpa mengacaunya. Selalunya arwah mak aku atau Tok Wan aku tak penah pulak buat telur mata. Selalunya telur digoreng dadar.

   SMTAI waktu itu mempunyai 2 sessi iatu sessi pagi dan sessi petang. Sessi pagi bermula 7 lebih dan balik jam 1.30 tgh. Manakala sessi petang bermula 1.30 tgh hingga 6.30 ptg. Pada ketika itu Guru Penyelia Petang adalah Cikgu Abdullah Sulong anak jati kampungku.



    Untuk sessi petang, sebelum bermulanya sessi persekolahan kami diwajibkan berkumpul dikantin terlebih dahulu. SEwaktu menunggu waktu persekolah sempat juga menjeling makanan yang dijual dikantin. 

     Bila terlihat nasi goreng + telur mata teringat pada sahabat sekampung iaitu arwah Badli. PAda suatu ketika sementara menunggu kelas sessi petang bermula arwah membeli nasi goreng yang diletakkan sebiji telur mata. Masih terbayang arwah makan nasi goreng berlaukkan telur mata yang kuningnya separuh masak. Sebenarnya masa tu terliur juga melihat arwah makan. Tapi sengaja dipendam sebab perbelanjaan sekolah hanya cukup tambang bas dan makan sewaktu rehat. Kalau tak salah nasi goreng. Kalau tak salah harga nasi goreng tersebut hanyalah 50 sen sahaja iaitu nasi goreng 30 sen sepinggan dan telor mata 20 sen sepinggan.



AKU SEKOLAH DAN NASI LEMAK

Bangunan 2 tingkat SK Pauh

   Januari bermulanya alam persekolah untuk sessi baru. dengan musim alam persekolahan ini aku juga ingin mengimbau zaman persekolahan sekolah rendahku. aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pauh, Kuala Berang. Guru Besar yang penah berkhidmat semasa waktu sekolah rendah adalah Cikgu Mat Chah ( Aku lupa nama sebenar beliau). Cikgu Abd Razak bin Yaacob dan Cikgu MAt ( aku lupa nama sebenarnya, yang berasal dari seberang takir Entri ini adalah berkaitan dengan RMT.

   Pada zaman aku bersekolah rendah iaitu pada tahun 1978 hingga 1983 semua murid sekolah mendapat RMT. Makanan RMT pada ketika itu hanyalah nasi lemak manakala untuk hari selasa mendapat susu putih tawar sebelum ditukar kepada air kotak drinho berperisa susu strawbery.

    RMT sekolah kami dimasak oleh arwah Mak Yah Pok Wahab. Setiap pagi arwah ayah da ( Hj Muda nama sebenarnya ) akan mengambil nasi lemak di rumah arwah Mak Yah menggunakan kereta sorong. Makanan tersebut dihidangkan pada sebuah bangunan kayu lama berhampiran pokok ara besar. Pada awalnya setiap murid perlu membawa pinggan sendiri untuk mengisi nasi lemak. Dalam tahun 1979 atau 1980 sekolah ada menyediakan pinggan. Pingan yang telah selesai dimakan perlu dibasuh sendiri. Pada zaman tersebut tiada lagi kemudahan paip JBA ( sekarang SATU ). Kami hanya membasuh pinggan menggunakan air telaga dan air dari tangki yang menitis pada stopcock. Malah ada yang nakal membasuh pinggan menggunakan air embun yang melekat pada pokok bunga hiasan disekitar sekolah.
Telaga di SK Pauh. disebelah kanan terdapat tangki air

   Terdapat3 jenis lauk berdasarkan hari iaitu pada hari ahad  nasi lemak berlauk daging. Hari selasa dan rabu adalah nasi lemak berlauk bilis. Mnakala hari khamis nasi lemak berlauk telur sebiji yang perlu dikupas kulitnya sendiri. Nasi lemak yang disediakan tidak selengkap seperti dikedai.. Kalau nasi lemak lauk daging hanya nasi dan daging begitu juga kalau nasi lemak lauk bilis. tiada timun apatah lagi kacang goreng. Walau bagamanapun nasi lemak tersebut kami makan dengan penuh selera. bagi aku sambal bilis nasi lemak itu yang paling sedap walaupun simple.

   Nasi lemak akan dihidangkan oleh ayah da dibantu sukarela oleh murid lelaki darjah 5 dan 6. Aku juga sering membantu ayah da menghidangkan nasi lemak. Selalunya aku suka membantu dalam kerja meletakkan lauk nasi lemak. Selalunya yang membantu letak lauk akan dapat nasi lebih dan lauk pun boleh letak lebih sebab sendiri yang letak. maklumlah masa tu aku jenis makan banyak.

   Terdapat juga murid  yang sdikit nakal 'pow' nasi lebih dengan cara mengambil nasi dari pinggan lain dan memasukkan dalam pinggannya. Kalau ayah da nampak memang kena marah lah. kalau tak nampak kenyang lah yang suka pow. kekadang aku pun paw juga. hi hi hi.

Gambar bangunan yang dijadikan tempat RMT
( gambar awal 70an. masa ni tiada lagi bangunan 2 tingkat ) 


   Nasi lemak RMT zaman saya dimasak menggunakan dapur kayu. Setiap ibubapa/penjaga mesti menyediakan kayu api untuk dihantar pada rumah mak yah. Selalunya gurubesar akan memaklumkan diperhimpunan pagi supaya setiap murid memberitahu kepada ibubapa masing - masing tarikh hantar kayu api di rumah mak yah.

   Pada satu ketika penah juga sekolah menternak ayam telur. Kandang ayam dibina secara gotong royong oleh ibubapa murid. Kalau tak silap aku antar tahun 1979/1980. pada ketika itu telur ayam tersebut  dibuat lauk nasi lemak RMT. Tapi ternakan ayam telur tidak bertahan lama. kalau tak salah saya tak sampai pun setahun. Kandang ayam dibina di sebelah bangunan kayu tempat makan RMT berhampiran pokok ara besar bertentangan dengan rumah arwah Pok Mat Pandak.

    Pada masa sekarang saya rasa pemilihan murid mendapat RMT adalah berdasarkan pendapatan keluarga. Justeru itu waktu sekarang tidak semua murid mendapat RMT. MAkanan RMT sekarang juga telah dipelbagaikan menunya setiap hari dan disediakan oleh kantin sekolah. 










TAHUN 2018

Mungkin agak lambat aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018. Kedatangan tahun baru ini bermakna umurku melanfgkah lagi satu anak tangga. Tahun ni usiaku akan genap 47 tahun pada 12 Februari 2017 berdasarkan tarikh lahir pada surat beranak dan kad pengenalan

Setelah ku kelebek kelebek blog ku rasanya telah setahun aku tak mengemaskinikan entri. dengan kedatangan januari 2018 ini bermakna 5 tahun telah aku berkhidmat di JPS Hulu Terengganu. Seperti baru semalam aku bertukar. Cepatnya masa berlalu

Kedatangan 2018 juga bermana telah 3 tahun aku tinggal di rumahku sendiri di Lot PT 10174 Padang Gaung, Kampung Gaung, Kuala Berang

2018 juga bermakna telah 3 tahun ibuku telah meninggalkan aku iaitu pada tarikh 14 Mei 2015 hari khamis lebih kurang pukul 12.30 tgh. Semoga roh ibuku ditempatkan bersama roh para aulia.

2018 juga bermakna 22 tahun ayahku telah meninggalkan aku iaitu pada tarikh 22 November 1996 pada pagi jumaat lebih kurang jam 2.00 pagi di Hospital Kuala Terengganu. AL fatihah. semoga ayahku ditempatkan bersama  pada aulia bersama ibuku juga.

2018 juga bermakna 13 tahun usia perkahwinanku bersama isteri tercinta iaitu Norlinda Binti Mordi dan semoga hubungan ini kekal ke jannah. amin

2018 bermakna usia kedua cahaya mataku iaitu Nur Liyana Hannan dan Nur Hayani Hannan akan meningkat ke 12 tahun dan 11 tahun. Semoga puteri- puteri berjaya dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat.
gambar tahun 2018 di kandang lembu