Rabu, 8 Ogos 2012

ZAMAN SEKOLAH RENDAH 1

    Aku mula mengenal erti persekolahan pada tahun 1978. Tarikh yang tepat aku pun dah lupa. tapi yang pasti mesti bulan Januari 1978. Masa tu aku berumur 7 tahun dan masuk ke darjah 1 di Sek Keb Pauh. Pada zaman kami iatu seblum tahun 1978, kami tidak penah menjejakkan kaki ke tadika. Kerana ketika itu tadika belum wujud lagi di kampung ku.

    Yang masih ku ingat, aku mula-mula pergi ke sekolah bersama dengan kakak sulung aku yang darjah tiga. Dia lah yang menandakan meja untuk aku duduk. Aku rasa pada abad ini, semua murid darjah satu pasti dihantar oleh ibubapa mereka pada hari pertama persekolahan. Tapi itulah suasana kami zaman 1970an. berani menyahut cabaran. 

      Gambar lama sekolah kebangsaan Pauh : Bangunan yang penah aku duduki iaitu masa darjah 1, 2 dan 3. Tapi masa itu depan bangunan tersebut telah ada dataran kejat tar yang kasar. 
    

 Aku masih ingat masa darjah satu, meja murid - murid dikembarkan dimana aku duduk bersebelahan dengan Zaidi Ghani ( sekarang dah jadi cikgu ). Untuk pengetahuan, pada zaman tersebut, kanak - kanak berusia enam tahun dibenarkan untuk masuk ke darjah satu dan dinamakan 'menumpang'. Dalam kelas aku masa itu terdapat 3 orang kanak - kanak yang menumpang iaitu Suhaimi Abd Latif ( sekarang jadi cikgu ), Norfaizah Abdullah ( aku pun tak pasti betul ke tak nama ini-yang pasti dia anak Cikgu Lah tanggol rumah dekat masjid ) dan Mek seri binti Husain.

    Manakala guru kelas aku pula ialah Abd Latif bin ???? ( binnya aku lupa, tapi di kampung digelar Cikgu latif gemuk..) Aku merasakan cikgu - cikgu zaman dulu pasti mencabar dalam kerja mengajar, kerana majoriti murid murid masih tidak pandai membaca dan menulis. Tak macam sekarang, budak tadika pun dah pandai membaca dan menulis. 

    Pada tahun tersebut bilangan guru tidak ramai iaitu dalam tujuh  (7) orang sahaja termasuk Gurubesar. Senarai guru yang mengajar di sekolah tersebut ialah Cikgu Abd Latif, Cikgu Roslan bin Osman, Cikgu Zakaria bin Osman, Cikgu Sharif bin Kasim, Ustaz Mohamad @ Ustaz Mat ( org kg buluh jika tak silap )
seorang cikgu perempuan yang aku dah lupa nama beliau ( Sebab dia tak ngajar aku )dan guru besarnya adalah Cikgu Mat Chah ( nama betul aku tak ingat )


Gambar bangunan sekolah 2 tingkat. Kelihatan pokok belimbing sebelah kanan gambar. Belimbing tersebut selalu menjadi santapan budak - budak waktu petang. kekadang makan dengan garam.


     Bangunan sekolah yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Pauh pada zaman itu ialah Satu buah bangunan Kayu ( Menempatkan darjah 1 dan 2 ) dan sebuah Bangunan konkrit dua ( 2 ) Tingkat yang menempatkan darjah 3 hingga darjah 6, sebuah perpustakaan, bilik guru dan bilik guru besar ( pejabat??? ) dan tiada seorang pun kerani.

     Selain itu terdapat satu buah bangunan kayu yang dijadikan tempat makan untuk racangan makanan tambahan dan diberikan kepada semua murid murid pada setiap pagi. Yang menarik, walaupun pada bulan puasa makanan iaitu nasi lemak ( selalunya 4 hari seminggu hidangan nasi lemak dan 1 hari seminggu adalah air susu ) tetap juga disediakan untuk murid darjah 1 dan darjah 2. 

     Sekolah Kebangsaan Pauh juga pada ketika itu juga tidak mempunyai bangunan kantin. Untuk membeli makanan kami akan keluar dari kawasan sekolah iaitu  pergi ke kedai Mak Cik Minah bertentangan dengan Klinik Desa Kampung Pauh. ( selalunya air dibawa dari rumah menggunakan bekas air disebut bocong  harga Nasi lemak pada ketika itu hanyalah 10 sen sebungkus. 



       


Tiada ulasan:

Catat Ulasan