Isnin, 6 Ogos 2012

Masak Lemak Daun Gelengang

Pucuk Gelenggang


Proses masak ( campak je bahan2 dalam santan )


Setelah daun gelenggang dicampak dalam periuk


Setelah daun gelenggang siap di masak

    
    Masak lemak daun gelenggang. Tapi jangan terkejut pulak. Daun gelenggang yang boleh dimasak tu berdaun halus. Yang pokoknya renek - renek. Jangan sangka gelenggang yang berdaun lebar tu. Kat daerah saya gelenggang daun lebar tu dupanggil gelenggang gajah. Selalu dibuat ubat gatal. Tapi kalu rasa nak try sekali buat masak lemak gelenggang gajah, cubalah. harap - harap tak mabuk. 

    Mungkin generasi sekarang dan  negeri luar tak penah makan masak lemak daun gelenggang ini. Malah mungkin sebahagiannya tak kenal pokok gelenggang ini. Saya pun dah lama tak makan sayur ini. Dulu - dulu zaman 70an, emak saya selalu juga masak daun gelenggang ini. Maklumlah zaman itu, aktiviti pertanian rancak dijalankan. Dan pokok gelenggang ini tumbuh merata - merata dan senang di dapati. 

    Kalau masa sekarang, setengah orang kampung masih mencari daun ini dan dijual di pasar giliran hari rabu atau sabtu di kuala berang. Harga pasaran daun ini adalah RM1 seikat. Murah je kan, mungkin sebab ramai tak tau cara masaknya.

    disini saya selitkan juga resipi ini. Mana tau ada yang nak try masak.

1. Bahannya - Bawang merah dan putih, Santan, Garam daun gelenggang ( simple je kan ), lada hitam ( tak nak letak pun tak apa )

2.  Cara memasak - Masukkan garam ( saya suka guna garam kasar ) dalam santan, masukkan bawang putih dan merah dan masakkan sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan daun gelenggang. Lepas mengelegak, masukkan lada hitam yg telah ditumbuk. 

* tip masak daun gelenggang adalah perlu memasak lama - lama kerana jika masak sekejap daun akan berasa maung ( Tak selesa di tekak ) 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan