Khamis, 13 Disember 2012

Sayur Taruk Manis

                                           foto1 : Pucuk taruk Manis 

   Pucuk taruk manis ini merupakan salah satu sayuran kampung seperti pucuk paku, pucuk mengkudu. Selalunya pokok ini tumbuh di persekitaran rumah di kampung - kampung. Pokok taruk manis ini juga boleh membesar sehingga lingkungan 10 kaki tinggi.

  Kata orang - orang tua, jika pucuk taruk manis ni diambil sentiasa, daunnya akan sentiasa molek. Molek tu maksudnya berkualiti lah. Daun ni sedap juga dicelur dan dicicah budu. Rasa daun ni pun manis - manis. Bukan manis macam gula pulak. 

  Pucuk taruk manis ni selalunya dimasak lemak dan ditambah dengan ubi stela a.k.a ubi keledek. Selain tu pucuk ini juga boleh dimasak air je. Setengah individu juga masak sekali dengan maggi. Tapi aku tak pernah try lagi letak dalam maggi. Tak rasa selera lagi nak letak dalam maggi.

                                        

                                               foto 2 : Harga RM1.00 Di pasar giliran Kuala Berang 
  
  Kalau di pasar giliran Kuala Berang seikat pucuk taruk manis ni berharga antara RM1.00 hingga RM1.50. tahun depan mungkin akan naik jadi RM2.00 gamaknya. Pasar Kuala Berang ni memang sohor barang - barang mahal belaka. Sebab tu kalau penduduk Kuala Berang pergi ke bandar Kuala Terengganu, baik beli sayur - sayur kat pasar atau pasaraya di Kuala Terengganu je. Sebab harga disana lebih murah lagi. 

  Berbalik kepada kisah daun taruk manis ni, aku beli di pasar giliran Kuala Berang pada hari Sabtu. ( sebab pasar giliran ada dua hari seminggu iaitu sabtu dan rabu ). Aku beli pucuk daun  ni dekat seorang mak cik orang kampung mana tak tau lah pulak. Tak tanya pada beliau. Dia jual pucuk ni dengan harga RM1.50 seikat. tapi aku kata aku nak RM1.00 je. Mak cik tu buang ler sikit daun kat ikatannya. Kedekut sunguh mak cik tu. Bagi ler seikat tu harga seringgit dah lah. Dah lah aku beli waktu hampir tengahari dah.

  Kalau dulu masa arwah tok wan aku jual daun ni, harganya baru 20 sen sahaja seikat. Masa tu akhir tahun 80an. Arwah selalu cari pucuk ni kat sekeliling kawasan rumah je dan sikit kat dalam tanah pak sedara aku. Sekali bawa ke Kuala Berang boleh juga dalam 5 ringgit rasanya.

  Berdasarkan banyak terdapat sayuran kampung yang selamat dari anasir racun serangga dan baja - baja kimia, sepatutnya kerajaan boleh menggalakkan supaya penduduk kampung menanam tanaman kampung seperti pucuk taruk manis, pucuk jambu golok ( gajus ), pucuk paku, pucuk mengkudu dan sebagainya dan dikomersialkan. 


                                            

                                                       foto 3 : Masak Air Pucuk Taruk Manis

  Sayur pucuk taruk manis tu aku masak air sahaja. Tapi anak - anak aku suka lah pulak. Siap ratah sampai 2 mangkuk seorang. Tapi tip nak masak pucuk ni kena masak lama sikit berbanding sayuran moden dari camerun. Sebab kalau tak masak betul, daun nya terasa maung gitu.

  Sebagai makluman istilah taruk tu bermakna daun ler kut. Sebab orang - orang tua kat kampung aku sebut taruk  ni merujuk kepada daun sayur macam taruk manis, taruk munggal, taruk tuka dan sebagainya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan