Sabtu, 15 Disember 2012

Api = Elektrik?

   Peristiwa lucu yang paling aku ingat dalam hidupku adalah pada tahun 1991. Sampai kini aku tetap ingat dikepala kisah lucu tersebut dan kekadang aku senyum sendiri. Peristiwa ini berlaku pada disember 1991 sewaktu aku baru menyambung pengajian di Politeknik kota bharu, Kelantan. 

  Sewaktu belajar disitu, pelajar semester 1 diwajibkan menetap di asrama dan aku ditempatkan pada blok H. Bloknya nun dihujung. Tapi nombor bilik aku dah lupa. Peristiwa ini berlaku sewaktu remang - remang senja sewaktu mentari mula mengundurkan diri. Cewahhhh  bahasa sastera lah pulak.

 Pada zaman itu bekalan elektrik asrama pelajar dicatu. kalau tak salah aku, elektrik dibekalkan pada jam 7 petang hingga jam 12 malam. Lepas tu akan bergelap le...kesian kita orang masa tu. 

   Berbalik kepada kisah tadi, lepas majlis silaturrahim  pada hari pertama, student baru diarahkan balik ke bilik untuk menyiapkan diri ke surau untuk solat berjemaah. Di asrama tersebut kami ditempatkan 2 orang sebilik dan malang nasibku waktu itu aku keseorangan di bilik kerana roomate aku minta tanguh selama seminggu. Aku pun tak tau sebab apa beliau tangguh seminggu.

                                           
                                               gambar hiasan : lampu kalimantan/lampu panjang

  Maka waktu petang sewaktu menyiapkan diri untuk mandi, tetiba terdengar ketukan di pintu bilikku. Sewaktu itu aku baru je tengah nak buka seluar. Isk isk ngacau sungguh ada je ketuk pintu. Dengan perasaan malas, aku buka lah pintu bilikku. Maka ternampaklah seorang mamat yang aku rasa senior aku.

  Maka mamat tersebut pun berkata, " gu..api ada dok "..maka aku pun dengan penuh keyakinan dan lihat kedudukan suis lampu di dinding bilik ku, maka aku pun petik je suis lampu. Dengan selambanya aku pun jawab lah "tu, ada tu..." sambil tangan menunjukkan lampu kalimantan yang menyala kat siling.

                                                     


  Tapi aku pulak hairan bila mamat tadi terkebil - kebil pandang aku semacam. Dengan perasaan bengang dia kut, dia pun letakkan rokok kat mulut dia, sambil menyatakan "kawe nak api, hisap rokok, ada gesek ko, lighter ko..?". Ohhhh patutlah dalam hati ku berkata. Aku pun menjawab tak ada lighter. he he he. 

                                         

  Lepas tu, mamat tu belah dan aku kembali menyambung persiapan diri untuk mandi. Tidak lama kemudian, terdengar gelak ketawa dari bilik berdekatan. Mungkin mamat tadi cerita kat member - member dia pulak. ha ha ha. Tu lah, aku sendiri tersilap juga. terfikir cara kampung. Ingatkan bila dia sebut api, dia nak pastikan bekalan elektrik dah ada ke belum. Sebab waktu tu dah hampir maghrib. Sebab macam aku bagitau tadi, bekalan elektrik diasrama dicatu dan diberikan pada waktu pukul 7 malam. 



  Mesejnya dari cerita benar tersebut, fahamilah kehendak soalan deh...dan aku pun dah tak ingat muka budak yang minta api rokok tu. Kalau dia baca entri ni, aku minta maaf boh...bukan nak mempermainkan demo deh....dan satu lagi, sebenarnya di kawasan asrama dan dibilik tidak dibenarkan merokok. Tapi kita orang yang kaki merokok ni ( sekarang aku dah berhenti dah merokok ) tetap merokok juga kat dalam bilik. Sambil study sambil merokok. Baru apa yang distudy tu masuk dalam kepala kan?.....he he he...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan