Selasa, 18 Disember 2012

Gerai ICT Pak Nong



                                          Kenapa ramai - ramai kerumun ni?

   Nak cerita bab ICT pulok lah. Bukan ICT berkaitan teknologi komputer pulak. Tapi ni ICT yang terkenal kat Terengganu ni. ICT ni yang dimaksud kan adalah Ikan Celup Tepung. 

  Kebiasaannya aku kalu nak makan ikan celup tepung ke, sotong celup tepung ke aku selalu ke pantai tok jembal yang berdekatan dengan airport Kuala Terengganu. Sesekali ada juga aku makan ICT kat pantai kelulut Marang.

   Semenjak lepas raya puasa baru - baru ni, aku cuba cari kedai ICT yang member aku bagitau lagi sedap. Dia bagitau kat aku, tempatnya kalau melalui depan UMT tu, jalan terus je tak payah masuk ke laluan maktab guru Batu Rakit tu. Kebetulan pada masa tu, wife aku ajak beli keropok kat mengabang lekor. Lepas beli keropok aku ajak wife cuba cari gerai yang member aku penah bagi tau.

   Dalam percarian itu, ternampak sebuah gerai yang 'cikai' je. Tetapi terlalu ramai manusia dan kereta yang parking kat situ. Aku sempat perati kat gerai tu ada banner GERAI PAK NONG.  Aku pun cuba lah juga makan disitu bersama keluarga aku. Aku ke gerai tu dalam lingkungan pukul 4.30 petang. Terpaksa intai meja yang mana kosong. Sebab terlalu penuh. Dalam kesesakan pelanggan yang ramai tu, dapat juga satu meja kosong yang terpaksa berkongsi dengan sepasang suami isteri. Tapi tak kisah lah, asalkan dapat meja je.

  Selain ikan celup tepung yang terdapat kat sini ada juga sotong celup tepung, udang celup tepung, keropok lekor dan mee goreng. Manakala air minuman yang special di adalah ABC dan Air jagung. Harga makanan tu tak lah semahal mana. Kalau berbanding dengan pantai tok jembal sebelah airport tu lagi mahal. Ikan yang digunakan untuk celup tepung adalah jenis ikan selayang je. Tetapi selayang yang bersaiz besar dan masih segar. Bila makan tu terasa kemanisan dan kelazatan yang tersendiri.

  Cara nak makan disini jangan menunggu dimeja makan seperti  kebanyakan gerai. Terpaksa kena berebut dengan orang ramai. Kalau jenis tak berebut, lambat lah dapat makan. Yang paling laku disini adalah sotong celup tepung. Harga sotong pun tak mahal mana. Bergantung keadaan saiz dan pemerhatian aku harga paling rendah dalam lingkungan RM5.00 seekor.

Gambar pelanggan berkerumun berebut makanan

   Apa - apa pun cuba lah mencari gerai pak nong di area pantai batu rakit. Kalau tak nak serabut dengan orang ramai, datang waktu pukul 3.30 ptg hingga 4.00 petang. Makan pun selesa. Pasti anda berpuas hati.




Udang celup tepung




Sotong celup tepung

Mee goreng ( Lagi sedap curahkan air lada keropok kat dalam mee )


sebahagian makanan yang keluarga aku makan


Ikan selayang celup tepung - saiz besar dan segar



Sebahagian hidangan satu keluarga 6 dewasa dan 2 kanak-kanak


Licin terus dan berbaloi dengan RM82.00

tulang temulang ikan celup tepun

Nasi Gerai Bunga Selasih

Nasi  Bungkus berlauk ikan , hati lembu, sayur dan sambal bilis


    Nasi bungkus ni aku beli kat gerai bunga selasih yang berhampiran dengan pejabat Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Aku berahi beli dan makan nasi kat situ kerana pilihan lauknya yang banyak. Tetapi dimaklumi jika makan nasi disini, parah lah sikit keluar belanja. Seperti dalam gambar tu dengan lauk ikan, hati lembu, sambal bilis dan sedikit sayur berharga RM8.00. Bayangkan kalau aku beli air juga, pasti kena sediakan duit RM10. untuk sekali makan.

 
 

Isnin, 17 Disember 2012

Nasi Kukus Kuala Berang



                                           Nasi Kukus lauk ayam goreng dan telur mata 

    Hari ni aku makan nasi kukus yang aku beli kat kedai makan berhadapan dengan pejabat JKR Hulu Terengganu. Selalunya kedai nasi kukus ni memang penuh orang terutama waktu lunch time. Kalu pergi waktu tengahari antara pukul 12.45 hingga pukul 2.00 petang, memang terpaksa beratur lah untuk mendapatkan sebungkus nasi.

   Tentang harga nasi kukus ni jika lauk ayam adalah berharga RM5.00. Macam yang aku beli tadi dengan lauk ayam goreng dan telur mata lembu ni, harganya RM6.00. Selalunya nasi kukus kedai ini, kuahnya dicampur 3 jenis kuah. Itu yang menambahkan kelazatannya kut.

                                         Nasi Kukus berharga RM6.00

   Kedai ni mula jual nasi kukus pada tahun 2011. Kalau tak salah aku antara bulan februari atau bulan mac 2011. Waktu awal - awal perniagaan nasi kukus, harganya tak lah semahal sekarang. Aku penah membeli nasi lauk ayam goreng dan sedikit sambal bilis baru berharga RM3.60 waktu itu. Memang aku rasa murah sangat waktu itu. Ayam goreng pun waktu tu besar - besar juga. Tak macam saiz sekarang.

   Tetapi apabila dah ramai yang datang dan makin maju, aku nampak harganya dah naik jadi RM5.00 sebungkus yang mengandungi lauk ayam goreng, timun potong 3-4 kepinmg dan sambal bealacan. Paling aku perasan, tuan punya kedai pun makin mekap sekarang. Masa awal - awal dulu nampak simple je...ala macam mak cik kat kampung gitu. he he he.

  Tapi apa - apa pun kedai dia memang ramai orang waktu tengahari. Sebagai tip kalau nak makan nasi kukus kat kedai tu, pilih - pilih lah molek atau baik - baik sikit ayam gorengnya. Sebab acapkali aku beli, terkena ayam goreng yang tak berapa masak lagi. Sekarang ni kalau aku pilih ayam goreng, aku akan pilih bahagian sayap. Selama aku pilih sayap tak penah pulak jumpa tak berapa nak masak.

Nasi Kandar


                                         Nasi Kandar berharga RM11.80

  Aku kekadang suka juga makan nasi kandar walaupun aku bukan peminat nasi kandar tegar. Kalau di Kuala Terengganu, restoren nasi kandar hanya ada dekat Mydin Mall je. Di situ lah aku selalu makan nasi kandar kalau nak ubah selera.

   Pada 11 Disember baru - baru ni, aku makan nasi kandar di restoren tersebut. Aku ambik lauk ayam goreng berempah, dua ketul telur ikan dan sedikit kobis goreng. Manakala untuk minuman pula aku ambik air suam je ( konon macam diet lah kut..hu hu hu ).

  Lepas mamak tu isi nasi dan lauk tu, waktu dikira kos tu, terkejut gila ( nasib baik tak gila ) juga aku bila dengar harga dalam RM11.80. Terasa mahal lah pulak. Selalunya aku makan direstoren tersebut, dengan lauk yang simple begitu harganya dalam lingkungan RM8.50 - RM9.00++. Tak tau lah air suam Restoren mamak tu harga RM2.00 lebih. Boleh pergi India balik hari lah mamak tu gamaknya. Walau bagaimanapun, sepatutnya aku suruh dia kira lagi sekali jika terasa mahal kan. Mungkin silap aku juga.

  Atas ketidakpuas hatiku, pada 17 Disember 2012,  kebetulan aku ada kerja di Kuala Terengganu, aku singgah lagi sekali kat restoren tu untuk makan pagi ( atau makan tengahari? waktu tu dah pukul 11.30 pagi). Aku pun order nasi dengan lauk yang sama iaitu lauk ayam goreng, 2 ketul telur ikan dan sedikit sayur kobis goreng. (Tapi aku lupa nak ambik gambar..) Manakala air pula aku order teh O. Selepas dikira semua sekali baru berharga RM11.20. Sewaktu pengiraan dilakukan, mamak tukang kira tu tunjuk kat aku harga nasi dalam 9.70. Maka harga harga air teh O berharga RM1.50 secawan ( mahalnya .....)

  Kesimpulan yang dapat dikatakan, hati - hati bila makan direstoren nasi kandar terutamanya kat Mydin Mall Kuala Terengganu. Kalu rasa tak puashati dengan harga yang dikira, kena suruh kira lagi sekali. Dan seterusnya harga makanan kat Terengganu memang mahal gila. Kalau orang luar Terengganu dinasihatkan jangan melancung ke negeri Terengganu jika tak mampu menampung harga makanan yang terlalu mahal disini. 

 

Sabtu, 15 Disember 2012

Pait atau pahit = Pulasan




                                          pokok pait mertua aku yang sedang berbuah.

   Buah pait atau bahasa standardnya buah pulasan merupakan sejenis buah seperti buah rambutan cuma kulitnya yang tebal berbanding rambutan yang nipis.

   Zaman aku kecil - kecil dulu yang selalu dimakan adalah buah pait yang isinya tak lekang dan melekat dengan bijinya. kalau sesiapa pernah makan rambutan rakyat mungkin tahu dan faham.

                             
                                          buah pait yang sedap dimakan

  Namun hari ini dah terdapat buah pait yang lekang dah isinya dari bijinya. Yang buah ppait ni aku suka ni. Kalau musim buah, jika aku balik ke rumah mertua aku di Batu Pahat, pasti aku akan beli buah ni. lagi pun kat sana harganya dalam lingkungan ppaling mahal pun RM2 sekilo.

  Aku juga penah lihat buah paip yang dijual kat pasar giliran Kuala Berang. Tapi harganya amat tinggi. Kalau tak salah aku dalam lingkungan RM4 sekilo yang paling murah. Rasanya kat Kuala Berang ni tidak ramai lagi yang menanam pokok paip yang lekang isinya.

                                                    Buah pait yang dikupas kulitnya...sedapppp
                                               
  Baru - baru ni aku balik rumah mertua aku, terdapat pokok pait yang sedang berbuah serta dah masak. Aku pun makan lah sepuashati. Tapi risau juga nak makan banyak - banyak. Takut bacaan gula dalam naik aku naik. hu hu hu. Dah makin tua, kena jaga kesihatan lah.

                                                    kelihatan isinya tanggal dari biji.

Naik Bas




 Pada 10 Disember 2012 baru - baru ni aku balik dari Batu Pahat ke Terengganu. Kalau ikut perancangan asal, aku nak balik pada 9 Disember dengan menaiki bas waktu malam. Tetapi aku tak nak ketinggalan tenguk siaran langsung bola sepak malaysia lawan Thailand, aku mengambil keputusan naik bas waktu siang pada keesukan hari nya.

  Pada pukul 8.30 pagi, isteri aku menghantar aku ke stesen bas batu pahat. Tepat jam 9.05 pagi bas tersebut bertolak menghala ke kuantan. Bas yang aku naiki ini akan pergi ke Kuantan dan aku akan cari bas lain di kuantan untuk balik ke Terengganu.

Gambar hiasan : bas tranasional

  Yang aku tak tahannya bas yang aku naiki ini iaitu bas tranasional iaitu  pemandunya agak badmood pada hari ini. Sebelum bas bertolak, terdapat wanita cina memaklumkan kepada pemandu bas dan meminta jasa baik pemandu tersebut menunggu sekejap supaya seorang kawannya dapat menaiki bas. tetapi pemandu tersebut melahirkan rasa tidak berpuashati terpaksa menunggu. 

  Pada pendapat saya apasalahnya pemandu tersebut memberi masa dalam 10 - 15 minit. mungkin penumpang tersebut mempunyai sebab - sebab tertentu yang menyebabkan kelewatan tersebut. Tak sampai 5 minit, penumpang yang terlewat tersebut pun sampai dan sempat kena 'sound' oleh pemandu tersebut. Ayat yang digunakan oleh pemandu tersebut yang aku ingat, "bas ni berjalan tepat pukul 9 pagi, bukan 9.01, bukan 9.05 ...!!!!...tersengih - sengih ler remaja cina yang lewat sampai tersebut.

  Setelah bas yang aku naiki ini sampai ke stesyen segamat, remaja cina yang lewat  tadi turun dari bas. Mungkin penumpang tersebut hendak buang air di tandas stesyen bas segamat. Tetapi pemandu bas memangil kembali remaja cina tersebut menaiki bas. Dan sambil memarahi cina yang turun dari bas tesebut. Cina tu pun satu perkara juga, sebelum turun apa salahnya memaklumkan sikit kepada pemandu tersebut.

  Setelah cina tersebut menaiki bas, pemandu tersebut memarahi penumpang cina dan melahirkan rasa tidak puashati beliau dengan kelakuan penumpang remaja cina. Ayat yang dia gunakan yang masih aku ingat," awak ni dari batu pahat lagi buat aku hot.....!!!"

  Setelah bas melewati simpang segamat/kuantan, bas berhenti untuk penumpang buang air di tandas awam berhampiran gerai jualan buah. setelah penumpang menaiki bas, aku melihat pemandu bas berjalan ke penumpang kerusi dibelakang. Aku ingat pemandu nak mengira samada penumpang dah cukup atau belum. Tetapi yang sebenarnya pemandu memarahi seorang penumpang dibelakang yang menggunakan ruang tidur pemandu kedua. mungkin penumpang tersebut tidur diruangan tersebut sewaktu bas berjalan. sewaktu pemandu beredar ke tempat asalnya terdengar rungutan diucapkan oleh pemandu, "kenapa banyak hal lah penumpang hari ni..macam - macam hal berlaku "

   Sepatutlah pemandu tersebut mestilah bekerja dengan penuh profesional. Bukannya meluahkan secara melulu walaupun penumpang melakukan kesalahan. sepatutnya pihak pengurusan bas tranasional mengambil kira atas apa yang berlaku. selain tu juga, bas yang disediakan juga bagi aku tak berapa selesa. Kusyennya macam sedikit berbau. Terdapat air penghawa dingin yang menitis di kerusi penumpang.

  Bas yang aku naiki sampai di Terminal Bas Kuantan lebih kurang pukul 2.20 petang. Setelah sampai diterminal bas, aku tergesa - gesa menaiki tangga untuk ke tingkat atas, untuk mendapat tiketkan tiket ke Kuala Terengganu. 

  Aku pun terus menuju ke kaunter bas tranasional dan bertanya bas bertolak ke Terengganu pada pukul berapa. kerani yang bertugas memaklumkan bas ke Kuala Terengganu pada pukul 3 petang dan 5 petang. Aku pun mengambil tiket pada pukul 3 petang. setelah urusan membeli tiket selesai, aku terpandang pada salah satu pintu kaunter transional yang terpampang kertas putih bersaiz A4 yang mencatatkan bas pukul 3 petang ditunda kepada pukul 5 petang. Aku dah cuak. Tapi masa tu sempat aku doakan moga - moga bukan atas tiket yang aku beli.

  Setelah semua urusan selesai aku pun turun dari tingkat satu dan mencari kedai makan kerana perut aku dah lapar. Dah pukul 2.30 ptg masih belum berisi. 

  Tepat jam 2.45 petang, aku pun menuju ke tempat parking bas yang bernombor 5 dan 6 di terminal bas. Setelah menunggu disitu, terdapat seorang petugas tranasional memaklumkan bas tranasional pukul 3 petang rosak dan ditunda kepada pukul 5 petang. Aduh...melemaskan fikiranku. kalau aku naik bas pukul 5 petang, pasti aku akan sampai waktu malam di kuala Terengganu. Paling cepat pukul 9 malam. Lepas tu nak balik ke Kuala Berang pulak.Sepatutnya kerani tranasional yang aku beli tiket tadi memaklumkan bas pukul 3 petang rosak. Paling tidak pun aku boleh mencari tiket bas lain. 

  Dalam keadaan buntu tersebut aku pun menuju ke sebuah kedai makan yang berhampiran dan minum segelas air teh O sambil mencari - cari idea. dalam setengah jam di kedai, aku membuat keputusan dengan mencuba beli tiket bas lain dan moga - moga akan ada bas lain menuju ke Kuala Terengganu.

  Setelah selesai minum, aku menuju ke tempat parking bas dan terlihat sebuah bas mara liner yang parking dan tercatat destinasi bas tersebut menuju ke kuala terengganu. Apabila terlihat pemandu bas dan seorang petugas mara liner disitu, aku cuba bertanya kepada pemandu dan petugas tersebut samada masih terdapat kerusi kosong. Tetapi malang nasibku apabila pertanyaan dan kehadiran aku disitu tidak diendahkan. seolah - olah aku dah jadi 'orang ghaib'. Aku ulang lagi pertanyaan aku...tetapi masih belum mendapat respon. Sehinggakan aku terasa seperti macam orang gila lah pulak. Macam lah kerja pemandu bas tu hebat sangat. Dia ingat aku nak naik percuma ke. Aku bertanya sekadar untuk menentukan samada bas tersebut masih terdapat kerusi kosong dan aku akan  cuba untuk dapatk n tiket kat tingkat atas terminal.

Gambar hiasan : Bas mara liner


  Dengan perasaan yang amat terhina, aku pun berlalu pergi dan menaiki tangga untuk ketingkat satu. Alhamdulillah, lepas je tangga aku terpandang kaunter bas SP Bumi. Aku bertanya kerani kauntar bas tersebut dan beliau menyatakan ada bas ke kuala Terengganu dan akan  bertolak bila - bila masa lagi. Justeru itu aku mengambil tiket bas sp bumi dan terus menuju ke bas yang menunggu di parking bas. Bas bertolak tepat jam 4 petang dan aku selamat sampai ke kuala Terengganu  lebih kurang pukul 7.20 petang. Jadi tiket bas tranasional hanya sia - siia je aku beli hari itu dan tranasional jual kertas dalam luas 1.5inci dengan harga RM18 sekeping. 

                                                  Gambar hiasan : Bas SP Bumi

  Pengajaran untuk aku, cuba elakkan menaiki bas tranasional selepas ini jika ada perkhidmatan bas lain. Begitu juga dengan bas mara liner yang pemandunya sombong dan perasan hebat sangat tu. 

Api = Elektrik?

   Peristiwa lucu yang paling aku ingat dalam hidupku adalah pada tahun 1991. Sampai kini aku tetap ingat dikepala kisah lucu tersebut dan kekadang aku senyum sendiri. Peristiwa ini berlaku pada disember 1991 sewaktu aku baru menyambung pengajian di Politeknik kota bharu, Kelantan. 

  Sewaktu belajar disitu, pelajar semester 1 diwajibkan menetap di asrama dan aku ditempatkan pada blok H. Bloknya nun dihujung. Tapi nombor bilik aku dah lupa. Peristiwa ini berlaku sewaktu remang - remang senja sewaktu mentari mula mengundurkan diri. Cewahhhh  bahasa sastera lah pulak.

 Pada zaman itu bekalan elektrik asrama pelajar dicatu. kalau tak salah aku, elektrik dibekalkan pada jam 7 petang hingga jam 12 malam. Lepas tu akan bergelap le...kesian kita orang masa tu. 

   Berbalik kepada kisah tadi, lepas majlis silaturrahim  pada hari pertama, student baru diarahkan balik ke bilik untuk menyiapkan diri ke surau untuk solat berjemaah. Di asrama tersebut kami ditempatkan 2 orang sebilik dan malang nasibku waktu itu aku keseorangan di bilik kerana roomate aku minta tanguh selama seminggu. Aku pun tak tau sebab apa beliau tangguh seminggu.

                                           
                                               gambar hiasan : lampu kalimantan/lampu panjang

  Maka waktu petang sewaktu menyiapkan diri untuk mandi, tetiba terdengar ketukan di pintu bilikku. Sewaktu itu aku baru je tengah nak buka seluar. Isk isk ngacau sungguh ada je ketuk pintu. Dengan perasaan malas, aku buka lah pintu bilikku. Maka ternampaklah seorang mamat yang aku rasa senior aku.

  Maka mamat tersebut pun berkata, " gu..api ada dok "..maka aku pun dengan penuh keyakinan dan lihat kedudukan suis lampu di dinding bilik ku, maka aku pun petik je suis lampu. Dengan selambanya aku pun jawab lah "tu, ada tu..." sambil tangan menunjukkan lampu kalimantan yang menyala kat siling.

                                                     


  Tapi aku pulak hairan bila mamat tadi terkebil - kebil pandang aku semacam. Dengan perasaan bengang dia kut, dia pun letakkan rokok kat mulut dia, sambil menyatakan "kawe nak api, hisap rokok, ada gesek ko, lighter ko..?". Ohhhh patutlah dalam hati ku berkata. Aku pun menjawab tak ada lighter. he he he. 

                                         

  Lepas tu, mamat tu belah dan aku kembali menyambung persiapan diri untuk mandi. Tidak lama kemudian, terdengar gelak ketawa dari bilik berdekatan. Mungkin mamat tadi cerita kat member - member dia pulak. ha ha ha. Tu lah, aku sendiri tersilap juga. terfikir cara kampung. Ingatkan bila dia sebut api, dia nak pastikan bekalan elektrik dah ada ke belum. Sebab waktu tu dah hampir maghrib. Sebab macam aku bagitau tadi, bekalan elektrik diasrama dicatu dan diberikan pada waktu pukul 7 malam. 



  Mesejnya dari cerita benar tersebut, fahamilah kehendak soalan deh...dan aku pun dah tak ingat muka budak yang minta api rokok tu. Kalau dia baca entri ni, aku minta maaf boh...bukan nak mempermainkan demo deh....dan satu lagi, sebenarnya di kawasan asrama dan dibilik tidak dibenarkan merokok. Tapi kita orang yang kaki merokok ni ( sekarang aku dah berhenti dah merokok ) tetap merokok juga kat dalam bilik. Sambil study sambil merokok. Baru apa yang distudy tu masuk dalam kepala kan?.....he he he...

Khamis, 13 Disember 2012

Sayur Taruk Manis

                                           foto1 : Pucuk taruk Manis 

   Pucuk taruk manis ini merupakan salah satu sayuran kampung seperti pucuk paku, pucuk mengkudu. Selalunya pokok ini tumbuh di persekitaran rumah di kampung - kampung. Pokok taruk manis ini juga boleh membesar sehingga lingkungan 10 kaki tinggi.

  Kata orang - orang tua, jika pucuk taruk manis ni diambil sentiasa, daunnya akan sentiasa molek. Molek tu maksudnya berkualiti lah. Daun ni sedap juga dicelur dan dicicah budu. Rasa daun ni pun manis - manis. Bukan manis macam gula pulak. 

  Pucuk taruk manis ni selalunya dimasak lemak dan ditambah dengan ubi stela a.k.a ubi keledek. Selain tu pucuk ini juga boleh dimasak air je. Setengah individu juga masak sekali dengan maggi. Tapi aku tak pernah try lagi letak dalam maggi. Tak rasa selera lagi nak letak dalam maggi.

                                        

                                               foto 2 : Harga RM1.00 Di pasar giliran Kuala Berang 
  
  Kalau di pasar giliran Kuala Berang seikat pucuk taruk manis ni berharga antara RM1.00 hingga RM1.50. tahun depan mungkin akan naik jadi RM2.00 gamaknya. Pasar Kuala Berang ni memang sohor barang - barang mahal belaka. Sebab tu kalau penduduk Kuala Berang pergi ke bandar Kuala Terengganu, baik beli sayur - sayur kat pasar atau pasaraya di Kuala Terengganu je. Sebab harga disana lebih murah lagi. 

  Berbalik kepada kisah daun taruk manis ni, aku beli di pasar giliran Kuala Berang pada hari Sabtu. ( sebab pasar giliran ada dua hari seminggu iaitu sabtu dan rabu ). Aku beli pucuk daun  ni dekat seorang mak cik orang kampung mana tak tau lah pulak. Tak tanya pada beliau. Dia jual pucuk ni dengan harga RM1.50 seikat. tapi aku kata aku nak RM1.00 je. Mak cik tu buang ler sikit daun kat ikatannya. Kedekut sunguh mak cik tu. Bagi ler seikat tu harga seringgit dah lah. Dah lah aku beli waktu hampir tengahari dah.

  Kalau dulu masa arwah tok wan aku jual daun ni, harganya baru 20 sen sahaja seikat. Masa tu akhir tahun 80an. Arwah selalu cari pucuk ni kat sekeliling kawasan rumah je dan sikit kat dalam tanah pak sedara aku. Sekali bawa ke Kuala Berang boleh juga dalam 5 ringgit rasanya.

  Berdasarkan banyak terdapat sayuran kampung yang selamat dari anasir racun serangga dan baja - baja kimia, sepatutnya kerajaan boleh menggalakkan supaya penduduk kampung menanam tanaman kampung seperti pucuk taruk manis, pucuk jambu golok ( gajus ), pucuk paku, pucuk mengkudu dan sebagainya dan dikomersialkan. 


                                            

                                                       foto 3 : Masak Air Pucuk Taruk Manis

  Sayur pucuk taruk manis tu aku masak air sahaja. Tapi anak - anak aku suka lah pulak. Siap ratah sampai 2 mangkuk seorang. Tapi tip nak masak pucuk ni kena masak lama sikit berbanding sayuran moden dari camerun. Sebab kalau tak masak betul, daun nya terasa maung gitu.

  Sebagai makluman istilah taruk tu bermakna daun ler kut. Sebab orang - orang tua kat kampung aku sebut taruk  ni merujuk kepada daun sayur macam taruk manis, taruk munggal, taruk tuka dan sebagainya.



Durian Cicah Budu

                                                   Durian di dalam budu


   Biasa nampak orang letak tempoyak di dalam budu. Tapi sebenanya letak durian di dalam budu lagi sedap dari letak tempoyak. Dia punya rasa umppphhh mengancam beb. wa cakap lu. Aku mula - mula makan durian letak dalam budu buat ulam nasi setelah aku tenguk arwah tok wan aku makan. Masa tu aku berusia dalam lingkungan belasan tahun. Tak salah aku dalam umur 14 tahun atau 15 tahun.

  Dia punya rasa cukup - cukup umph. Macam - macam ada rasanya. Masin, masam, manis, Pedas dan lemak berpadu dan bersatu sekali. Silap - silap pahit pun ada sekali jika durian tu ada rasa pahit. he he he he. kalau makan dengan nasi panas - panas, lauk lain tak ada pun dah sedap. Tapi yang menimbulkan masalah, jika bukan musim durian, tak boleh lah buat macam ni. Kena letak tempoyak lah kan.

  Resipi dia mudah je, letak budu dalam piring, picitkan cili padi 3 - 4 biji ( terpulang pada citarasa ), picitkan air asam limau nipis dan masukkan durian satu atau dua ulas. Lepas tu durian tu gaul - gaulkan dalam budu. Nak lagi sedap cicahkan pulak dengan ikan panggang tawar ke atau ulaman lain dan makan dengan nasi panas - panas. Kalau tak ada pencicah lain, amik durian dalam budu tu, makan je dengan nasi. sedap juga tu. 

Beras dimasuki kutu beras



                              
                                           foto 1 : Kelihatan ada kutu beras yang berwarna hitam

   Beras ni dibeli dari sebuah pasaraya hypermarket di kuala Terengganu. Jenama beras ni saya pun dah lupa. Tapi yang pasti bukan beras jati. 

   Beras ini waktu basuh banyak yang timbul. Mungkin dalam butiran beras tersebut telah kosong dimakan oleh binatang ini. Yang paling aku perasan, nasi daripada beras ini cepat basi. Kalu masak tengahari, malam tu nasi akan basi dan keesukan harinya dah jadi macam tapai. Masam yang semacam.

                                   
                                           foto 2 :  walaupun shot jauh, masih kelihatan kutu beras

     Bila asyik basi je nasi yang masak, beras ni satu guni terus aku bawa balik kat rumah mak aku. Woiiii jangan ingat aku bagi mak aku makan pulak beras ni. Beras ni aku suruh mak aku bagi ayam makan. Dah nak jadi rezeki ayam gamaknya.

   Oleh itu untuk saling ingat mengingati atas apa yang terjadi ini, sebelum beli beras perhatikan elok - elok samaada terdapat atau tidak bendasing yang hitam - hitam ni dalam guni beras yang dijual itu. kalau nampak terdapat bendasing ini elakkan beli beras tersebut.

   Sejak peristiwa tersebut, aku dan keluarga ku terus tidak membeli beras dari pasaraya hyper  tersebut. Pasaraya itu adalah pasaraya S---S-N. kalau nak beli juga beras dari pasaraya tersebut, perhatikan sebaik-baiknya dulu. Sebab saya dah terkena dua kali. Yang kali pertama tak sebanyak ni dia punya kutu kat dalamnya.

   Mulai dari peristiwa itu kami hanya membeli beras dari Pasaraya lain pulak. Bukan tak nak menyokong bangsa sendiri, tapi takkan nak beli beras untuk bagi makan kat ayam je kan. dah lah beli dengan harga mahal. 


























Nasi Bungkus




   Nasi bungkus lauk gulai ikan selar, sejuring telur dadar dan sedikit sayur. Saya rasa kalau di kuala Lumpur, nasi lauk sebegini mungkin berharga RM4 hingga RM4.50. Tetapi nasi bungkus ini saya beli dengan harga RM6.00. 

  Untuk pengetahuan pembaca ( jika yang sudi membaca ) sebegitulah kami penduduk kuala berang terpaksa menghadapi bebanan harga makanan yang terlampau mahal. Perkara ini tidak boleh juga dipersalahkan kepada pengusaha - pengusaha restoren kerana mereka juga terpaksa membeli bahan - bahan mentah dengan harga yang mahal juga.

  Sebagai makluman, harga ikan selayang ( setengah negeri memangil ikan sardin ) dikuala berang pun dah berharga RM8 hingga RM12 sekilo. Dan bayangkan jika harga ikan lain seperti ikan kembung, ikan selar, ikan kerisi semestinya berharga lebih tinggi dari ikan selayang tersebut.

  Saya juga sebenarnya amat mencemburui hargai ikan di negeri sebelah utara seperti di Kedah dimana saya pernah melihat ikan dijual sebegitu murah di pasar. Saya pernah melihat ikan kembung yang segar dan bersaiz sederharna hanya berharga RM3 hingga RM4 di Pasar Sungai Petani. Alangkah bertuahnya jika harga ikan juga boleh didapati dengan murah di Kuala Berang. Tapi itu mungkin hanya mimpi yang takkan jadi kenyataan..

  

Khamis, 20 September 2012

Lauk Tengahari

Satu kepala baung masak tempoyak, 2 Potong Ikan Merah Masak Gulai Dan Semangkuk masak lemak kulit rambai


 Ini lauk untuk makan tengahari aku dan anak - anak aku pada hari ini. Aku rasa harga ini tersangat melampau juga. Harga ini adalah RM18.00 

  Lauk ini aku beli kat kedai sebelah Pejabat TNB kuala Berang. Tapi yang pasti lauk ikan baung tu amat pedas sekali. AKu tak bagi pun anak-anak aku makan ikan baung masak tempoyak itu sebab pedas.

   Sampai bila harga makanan di Kuala Berang akan sama standard dengan harga makanan di bandar lain di Malaysia. Aku rasa makanan di kuala Berang terlampau mahal.

  Bayangkan kalu nasi lemak bungkus kat sini paling murah RM1.00 dengan lauk ikan bilis 5 ekor, telur potong 8 dan nasinya 3 kali suap guna tangan.

    Kalau makanan tengahari pula dengan lauk simple lauk ayam goreng dan sedikit sayur dah berharga RM5 sebungkus. Aku rasa kalau di bandar  Kuala Lumpur pun tak sampai pun harga RM 5.

   Banyak kali juga aku mendengar rungutan orang luar dari Terengganu yang singgah makan kat Kuala Berang mengadu harga makanan terlampau mahal dan mereka merasai mereka disembelih. Tapi yang nyata sememangnya harga makanan disini terlalu mahal.

   Sebab tu aku kalu boleh nak nasihatkan pelancong luar cuba elak makan kat restoren atau kedai makan kat Bandar Kuala Berang ini.

 

Rabu, 8 Ogos 2012

ZAMAN SEKOLAH RENDAH 1

    Aku mula mengenal erti persekolahan pada tahun 1978. Tarikh yang tepat aku pun dah lupa. tapi yang pasti mesti bulan Januari 1978. Masa tu aku berumur 7 tahun dan masuk ke darjah 1 di Sek Keb Pauh. Pada zaman kami iatu seblum tahun 1978, kami tidak penah menjejakkan kaki ke tadika. Kerana ketika itu tadika belum wujud lagi di kampung ku.

    Yang masih ku ingat, aku mula-mula pergi ke sekolah bersama dengan kakak sulung aku yang darjah tiga. Dia lah yang menandakan meja untuk aku duduk. Aku rasa pada abad ini, semua murid darjah satu pasti dihantar oleh ibubapa mereka pada hari pertama persekolahan. Tapi itulah suasana kami zaman 1970an. berani menyahut cabaran. 

      Gambar lama sekolah kebangsaan Pauh : Bangunan yang penah aku duduki iaitu masa darjah 1, 2 dan 3. Tapi masa itu depan bangunan tersebut telah ada dataran kejat tar yang kasar. 
    

 Aku masih ingat masa darjah satu, meja murid - murid dikembarkan dimana aku duduk bersebelahan dengan Zaidi Ghani ( sekarang dah jadi cikgu ). Untuk pengetahuan, pada zaman tersebut, kanak - kanak berusia enam tahun dibenarkan untuk masuk ke darjah satu dan dinamakan 'menumpang'. Dalam kelas aku masa itu terdapat 3 orang kanak - kanak yang menumpang iaitu Suhaimi Abd Latif ( sekarang jadi cikgu ), Norfaizah Abdullah ( aku pun tak pasti betul ke tak nama ini-yang pasti dia anak Cikgu Lah tanggol rumah dekat masjid ) dan Mek seri binti Husain.

    Manakala guru kelas aku pula ialah Abd Latif bin ???? ( binnya aku lupa, tapi di kampung digelar Cikgu latif gemuk..) Aku merasakan cikgu - cikgu zaman dulu pasti mencabar dalam kerja mengajar, kerana majoriti murid murid masih tidak pandai membaca dan menulis. Tak macam sekarang, budak tadika pun dah pandai membaca dan menulis. 

    Pada tahun tersebut bilangan guru tidak ramai iaitu dalam tujuh  (7) orang sahaja termasuk Gurubesar. Senarai guru yang mengajar di sekolah tersebut ialah Cikgu Abd Latif, Cikgu Roslan bin Osman, Cikgu Zakaria bin Osman, Cikgu Sharif bin Kasim, Ustaz Mohamad @ Ustaz Mat ( org kg buluh jika tak silap )
seorang cikgu perempuan yang aku dah lupa nama beliau ( Sebab dia tak ngajar aku )dan guru besarnya adalah Cikgu Mat Chah ( nama betul aku tak ingat )


Gambar bangunan sekolah 2 tingkat. Kelihatan pokok belimbing sebelah kanan gambar. Belimbing tersebut selalu menjadi santapan budak - budak waktu petang. kekadang makan dengan garam.


     Bangunan sekolah yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Pauh pada zaman itu ialah Satu buah bangunan Kayu ( Menempatkan darjah 1 dan 2 ) dan sebuah Bangunan konkrit dua ( 2 ) Tingkat yang menempatkan darjah 3 hingga darjah 6, sebuah perpustakaan, bilik guru dan bilik guru besar ( pejabat??? ) dan tiada seorang pun kerani.

     Selain itu terdapat satu buah bangunan kayu yang dijadikan tempat makan untuk racangan makanan tambahan dan diberikan kepada semua murid murid pada setiap pagi. Yang menarik, walaupun pada bulan puasa makanan iaitu nasi lemak ( selalunya 4 hari seminggu hidangan nasi lemak dan 1 hari seminggu adalah air susu ) tetap juga disediakan untuk murid darjah 1 dan darjah 2. 

     Sekolah Kebangsaan Pauh juga pada ketika itu juga tidak mempunyai bangunan kantin. Untuk membeli makanan kami akan keluar dari kawasan sekolah iaitu  pergi ke kedai Mak Cik Minah bertentangan dengan Klinik Desa Kampung Pauh. ( selalunya air dibawa dari rumah menggunakan bekas air disebut bocong  harga Nasi lemak pada ketika itu hanyalah 10 sen sebungkus. 



       


Isnin, 6 Ogos 2012

Masak Lemak Daun Gelengang



Pucuk Gelenggang

Proses masak ( campak je bahan2 dalam santan )


 Setelah daun gelenggang dicampak dalam periuk


Setelah daun gelenggang siap di masak

    
    Masak lemak daun gelenggang. Tapi jangan terkejut pulak. Daun gelenggang yang boleh dimasak tu berdaun halus. Yang pokoknya renek - renek. Jangan sangka gelenggang yang berdaun lebar tu. Kat daerah saya gelenggang daun lebar tu dupanggil gelenggang gajah. Selalu dibuat ubat gatal. Tapi kalu rasa nak try sekali buat masak lemak gelenggang gajah, cubalah. harap - harap tak mabuk. 

    Mungkin generasi sekarang dan  orang negeri luar tak penah makan masak lemak daun gelenggang ini. Malah mungkin sebahagiannya tak kenal pokok gelenggang ini. Saya pun dah lama tak makan sayur ini. Dulu - dulu zaman 70an, emak saya selalu juga masak daun gelenggang ini. Maklumlah zaman itu, aktiviti pertanian rancak dijalankan. Pokok gelenggang ini tumbuh merata - merata dan senang di dapati. 

    Kalau masa sekarang, setengah orang kampung masih mencari daun ini dan dijual di pasar giliran hari rabu atau sabtu di kuala berang. Harga pasaran daun ini adalah RM1 seikat. Murah je kan, mungkin sebab ramai tak tau cara masaknya.

    disini saya selitkan juga resipi ini. Mana tau ada yang nak try masak.

1. Bahannya - Bawang merah dan putih, Santan, Garam daun gelenggang ( simple je kan ), lada hitam ( tak nak letak pun tak apa )

2.  Cara memasak - Masukkan garam ( saya suka guna garam kasar ) dalam santan, masukkan bawang putih dan merah dan masakkan sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan daun gelenggang. Lepas mengelegak, masukkan lada hitam yg telah ditumbuk. 

* tip masak daun gelenggang adalah perlu memasak lama - lama kerana jika masak sekejap daun akan berasa maung ( Tak selesa di tekak ) 





Zaman Bujang





                                                                di Putra Jaya

    Kenangan sewaktu mula - mula ke Pusat Pentadbiran Putra Jaya. Kalau tak salah pada tahun 1999 sewaktu lawatan bersama Kelab Sukan Dan Kebajikan JKR Hulu Terengganu

     Pada waktu ini Putra Jaya masih panas. Pokok - pokok besar belum ada lagi. Rasanya kita orang sampai kat sini waktu tengahari. ( sebenarnya aku dah lupa. he he he )

    Masa tahun 1999, aku pun nampak remaja lagi kut. Kurus sikit dari sekarang. Rambut pun masih ada. He he he he. Sekarang ni dah dapat jimat bab beli minyak rambut.,

bersama kawan

Dengan hafiz dibalairaya 

    Gambar diatas bersama adikm sepupu dibalairaya kampung pauh. Balairaya tersebut telah diruntuhkan untuk dibina balairaya baru di sebelah 'Warisan Pahlawan'. Gambar itu diambil  pada tahun 1991 sewaktu pertandingan KBJ ( kurnia belia jaya 1991 ). Masa itu untuk penyediaan sebelum juri pengadilan datang. Masa ni Hafiz umur berapa tahun ntah. Aku pun lupa.


Bersama mat siam diwakaf kampung pauh

   Gambar bersama mat siam di wakaf kampung pauh. Gambar ni masa aku tingkatan 4 tahun 1997 . Usia masa tu 16 tahun. Motor di depan tu adalah motor Hj rashid Ali ( sekrg kerja kat JPS hulu Terengganu - No platnya TE 4213 ). Di belakang wakaf adalah kedai makda sarah. Kedai tu pun dah berubah wajah dan sekarang dijual oleh anak makda sarah iaitu Tok Dengut.  Masa ni aku selalu lepak kat wakaf sambil main Dam Aji. Yang selalu aku berlawan dam masa tu adalah dengan ari ramba, Che mat pelara, arwah brahim, arwah pak teras, ayah ngah omar temir, mamat gaung ( beliau juga ikan masa tu ) dan lain2. Kira masa tu aku top ten juga kat kampung. Penah lah masa gi sekolah, dang lagi main dam sampai tertinggal buku kat wakaf. he he he.





Nasi Goreng Simple






nasi goreng simple


Kekadang saya ini kalau mood rajin, saya akan memasak. Yang ni adalah nasi goreng simple yang penah aku masak. Dibawah ini saya kongsikan resipinya

Bahan - Bahannya

1. Bawang Putih - Dihiris halus2
2. Bawang Merah - Dihiris halus2
3. Kicap manis ( saya guna kicap cap kipas udang )
4. Garam
5. Ikan bilis
6. Sayur sawi ( ikut pandai nak guna sayur apa2 pun. Tak semestinya sawi je )
4. Minyak
5. Nasi putih 

* Semua bahan2 tersebut adalah secukup rasa

Cara memasak 

Panaskan Minyak dan apabila minyak panas masukkan garam halus, dikikuti bawang putih dan merah. Dah agak naik bau masukkan kicap, ikan bilis dan diikuti sayur. Dah agak2 ok, masukkan nasi dan kacau sebaik mungkin. Dah masak angkat dan makan panas-panas. Kalu nak cuba dipersilakan. 




Budak baru belajar

6 Ogos 2012

Aku cuba nak try belajar guna blog. Agak2 pandai tak aku menggunakannya. Selalunya sesuatu benda ni aku cepat boring....lama2 aku tak update. hu hu hu .