Khamis, 11 April 2019

KEHILANGAN BAPA SAUDARA ( AYAH NDAH )

Tanggal 28 Februari 2019 lebih kurang jam 6 lebih aku menerima panggil;anm telefon dari Mek Jarah memberitahu bahawa bapa saudaraku iaitu kupangil ayah Ndah telah kembali ke rahmatullah. waktu itu hanya aku yang berada dirumah. Isteri ku ke besut untuk bawa muridnya berbengkel dikir barat disana. manakala anak sulungklu Yana menemani ibunya ke besut. Anak keduaku yani ke pertandingan bola jaring di Dungun untuk mewakili Sekolah Rendah daerah Hulu Terengganu.

Menerima perkhabaran tersebut aku bergegas balik ke kampung. Aku dimaklumkan ayah Ndah meninggal secara tetiba selepas mandi dan arwah minum petang. Mudahnya arwah pergi. Ayah Ndah merupakan adik kepada arwah ibuku yang menoinggal pada tahun 2015.

Anak sulung ayah Ndah iaitu izan memaklumkan arwah akan disemadikan keesukan harinya yakni pada 1 Mac 2019. sebenarnya aku cukup terkesan juga dengan kehilangan Ayah Ndahku. Beliau  merupakan salah seorang bapa saudara yang paling banyak membantu keluargaku iaitu ibu, aku mahupun adik adikku.

Sewaktu aku belum memiliki kereta, arwah ibuku seringkali mengajah ayah Ndah menghantar adikku ke asrama Perkaya di daerah Marang. sewaktu itu arwah ayah Ndah telah mempunyai sebuah kereta Kancil.

Sewaktu ayah Ndah masih sihat dan rumahku masih belum mempunyai siaran ASTRO, ayah ndah yang selalu mencari dan memasang buluh sebagai tiang arial TV rumahlku. Selalunya bila rumah ayah Ndah ingin menggantikan buluh tiang arial TV pasti dia akan mencari 2 batang tiang buluh untuk rumahnya dan rumahku iaitu rumah kakaknya.

pada tahun 2002 arwah emakku ingin mengubahsuai rumah pusaka, ayah Ndah yang paling banyak membantu. Kalau tak salah aku, arwah ayah Ndah yang mencari tukang. Arwah juga yang menguruskan pembelian tiang rumah.


 Ayah Ndah dan aku bersama anak helmil yang sulung

Ketika ingin membeli papan dinding, arwah ayah ndah mengesyorkan pada aku tempat kilang kayu yang menjual kayu dinding dengan harga lebih murah. Dia yang menemaniku sewaktu aku ingin membeli kayu dinding di kilang wakaf tapai.

Malah ketika aku dan adik adikku membuat majlis perkahwinan, ayah ndah juga merupakan salah seorang tukang belakang dalam keluargaku. Malah sewaktu perkahwinan aku di Batu Pahat, Johor beliau juga menghadirinya dengan membawa kereta Kancilnya.

Selalunya bila aku balik ke kampung, aku akan bersembang dengan arwah di tangga rumahnya. Sekarang tiada lagi untuk aku bersembang bila aku balik ke rumah pusaka di kampungku. 

Semoga arwah Ayah Ndah Dicucuri rahmatNya. Al Fatihah









Tiada ulasan:

Catat Ulasan