Rasanya dah lama aku tak tulis apa - apa entri kat blog aku. Aku rasa yang last entri kat blog aku ni pada bulan Mei 2013. Itu pun aku terbitkan entri yang dah lama aku drafkan.
Maybe sebab atas kesibukan dengan kerja aku tak dang starang nak tulis banyak untuk tahun ni. Walaupun sebenarnya banyak bahan2 yang boleh dibuat.
Pada tahun ni juga aku telah diarahkan bertukar dari JKR Hulu Terengganu ke JPS Hulu Terengganu berkuatkuasa 20 Jan 2013. Walaupun terasa sedih juga nak bertukar, tapi atas sebab - sebab yang tidak dielakkan aku redha. Mungkin ini yang terbaik untuk ku.
Setelah hampir 20 tahun aku menabur bakti di JKR Hulu Terengganu, memang banyak pahit dan manis di situ. Sejak tarikh 2 Mac 1994 ( aku lapor diri di SUK pada 1 Mac 1994 ) di JKRHT lah aku banyak menghabiskan usiaku dari remaja hingga ke dewasa. Sedari umur 23 tahun sehingga aku berusia 42 tahun.
Masih kuingat hari pertama ku menjejakkan kaki ke JKR HT dan melaporkan diri pada Jurutera Daerah masa itu iaitu Ir Zuhairi. Dan aku ditempatkan di Bahagian Bangunan dimana Jurutera Bangunan masa tersebut adalah Che Abd Hamid bin Ab Rahman.
Aku juga berkhidmat di bahagian bangunan sepanjang di JKR Hulu Terengganu dari JD ir Zuhairi ( aku sempat selama sebulan lebih kut sebab beliau menyambung pengajian di Jepun) di seterusnya JD HJ Wan Mazuki (1994-1997), JD Zamani ( 1997-1999), JD Hj Zulkifli ( 1999 - 2002), Jd Md Ridzwan bin C. Chik ( 2002 - 2009), JD Che Lah ( 2009 - 2011 ) dan Jd SAmri ( 2011- sekarang)
Dan pada tahun ni aku berkhidmat dan mencurahkan bakti pada JPS Hulu Terengganu dibawah Jurutera Daerah Md Azhar noordin. Semoga di JPS Hulu Terengganu lebih akan mengembangkan lagi kreativiti dan inovasi ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan