Ahad, 6 Januari 2013

Ikan Baung Masak Asam Tempoyak

   Petang Selasa minggu lepas aku jalan - jalan ke pasar malam Kuala Berang bersama - sama dengan keluarga aku.

  Aku terlihat ada orang jual ikan sungai ( sebenarnya ikan tasik kenyir ). Aku beli lah dua eko ikan baung. sebab dah lama tak makan. Harganya RM16.00. Aku minta kurang RM15.00. Penjual tu bagi je lah. Katanya sama-sama saing. Dok berkira mana. 

  Tengahari  rabu minggu lepas aku pun masak lah ikan baung tersebut dengan resipi Ikan Baung Asam tempoyak. Bahan - bahannya adalah seperti di bawah :-

1. Ikan Baung  seekor

                                                   ikan baung yang telah disiang dan dipotong 

2.   Bahan - bahan yang diblender
a. Bawang putih - aku guna 3 butir
b. Bawang besar - 1 biji
c. Bawang merah - 3 butir
d. Halia - secukup rasa ( agak2 ler nak letak berapa pun )
e. Lengkuas - secukup rasa )
f. Kunyit - (secukup rasa )
g. Daun kesom ( secukup rasa )
h. Serai 2 batang ( hiris halus - halus )



                                                    sebahagian dari bahan - bahan utk blender



Semua ada dalam blender


Setelah bahan - bahan tersebut siap diblender

3. Sedikit Minyak masak untuk menumis
4. Tempoyak 
5. Asam keping ( Kalau tempoyak dah masam sangat tak perlu letak asam keping )
6. Budu
8. Cili padi/lada burung  tumbuk dengan lesung( kalu nak pedas letak banyak )-boleh juga diblender bersama dengan bahan yg diblender

Cara - cara memasak

   Panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan yang telah diblender kedalam periuk dan biarkan bahan tersebut mengeluarkan bau dan mendidih.


Bahan yang siap diblender









rempah ratus yang telah diblender dimasukkan kedalam periuk

   Setelah bahan blender telah masak, masukkan tempoyak dan kacau perlahan - lahan. Seterusnya masukkan garam secukup rasa.



Kelihatan tempoyak dimasukkan kedalam periuk

   Setelah bahan-bahan tadi mengeluarkan bau yang enak dan agak masak, masukkan ikan baung serta asam keping. Lumuri ikan dimasukkan kedalam periuk dengan rempah dengan mengunakan senduk dan tutup periuk. Ini adalah supaya rempah tersebut meresapi kedalam isi ikan. Setelah ikan separuh masak, barulah dimasukkan air sebagai kuah. 


Ikan yang telah dimasukkan kedalam periuk

asam keping dimasukan. ( aku tersilap masuk dua keping terus masam )


periuk yang ditutup supaya rempah menyeresapi ke isi ikan


  Masukkan cili padi yg ditumbuk ke dalam periuk

    Setelah kuah mengelegak, cili yang telah dihancurkan kedalam periuk. seterusnya masukkan sedikit daun kesum dan sesenduk budu. Dan biarkan kuah mengelegak dalam 3 - 5 minit dan masakan ini telah siap.


Masukkan sedikit daun kesom


  masukkan sesenduk budu

masakan dah masak.


   Sedap dimakan sewaktu panas - panas. Boleh juga menggunakan ikan patin atau ikan apa - apa pun menggantikan ikan baung jika ikan baung susah didapati. Sekian, selamat mencuba

Sabtu, 5 Januari 2013

Masak Lemak Kulit Rambai

    Sekarang ini adalah musim buah-buahan. Buah - buahan yang selalu nampak dijual sekarang seperti duku, langsat ( tak berapa nak ada ), rambai manakala durian baru lepas musimnya.

   Penduduk di negeri Terengganu selalunya akan menggunakan buah rambai secara optimun, dimana isinya akan dimakan. Selalunya ditelan sekali dengan biji rambai. Pasti keesukannya akan susah nak buang air besar jika makan terlalu banyak. Kalau zaman sebelum awal 1980an, musim - musim buah seperti ini, pasti akan banyak tumbuh anak - anak pokok seperti pokok rambai, duku, langsat dan juga manggis ( ada ke? aku pun tak perasan ). Sebabnya pada zaman itu orang buang air besar di belukar dan yang keluar sebagai kumuhan itu seperti biji buah yang ditelan.

   Pada minggu lepas, anak aku nak makan buah rambai. Sewaktu aku dan keluarga ke pasar malam di Kuala Berang, aku beli seikat buah rambai berharga RM3 seikat. Rasa macam mahal, tapi anak nak makan juga terpaksa lah beli walaupun harga duku lebih murah dari harga buah rambai.

   Anak aku memakan buah rambai manakala kulitnya aku suruh mereka simpan untuk dimasak. Dengan seikat buah rambai tersebut dapatlah untuk sekali buat masakan masak lemak kulit rambai.

K

   Generasi sekarang mungkin ramai yang tidak mengetahui cara - cara untuk memasak kulit rambai. Alhamdulillah aku masih boleh memasak kulit rambai melalui pertanyaan dan melihat emak aku memasak kulit rambai sebelum ini. Dibawah ini aku bagilah resipi lebih kurang cara memasak kulit rambai. 

Bahan - bahan 

1. Kulit Rambai 
2. Ikan selayang/ikan kembung  ( tapi lagi sedap ikan selayang sebab lebih manis ) - 3 ekor 
3. Kerisik ( orang kampung aku panggil nyiur gula dan lagi sedap jika dibuat sendiri dari yang dibeli )
4. Bawang Putih - secukup rasa
5. Bawang Merah-secukup rasa
6. Garam - secukup rasa (aku lebih suka guna garam kasar )
7. Santan


Cara - cara memasak

1. Kulit rambai

   Kulit rambai dicelur terlebih dahulu. Apabila air mula mendidih angkat periuk rebusan kulit rambai dan toskan airnya. Setelah kulit rambai agak sejuk, taburi segengggam garam kasar ( tak pasti boleh atau tak letak garam halus ) dan ramaskan kulit rambai bersama garam tersebut. Cara meramas seperti meramas kelapa parut untuk mendapatkan santan. 

  Setelah tamat proses meramas bersama garam, basuhkan kulit rambai dan ulang proses meramas sehingga 2 kali supaya rasa masam kulit rambai dapat dikurang kan.

2.  Ikan selayang/ikan kembung

   Ikan selayang direbus dan dimasukkan sedikit garam dan asam keping. Setelah ikan masak, ambil isinya sahaja dan hancurkan lebih kurang isi ikan tersebut.

3. Kerisik  ( nak guna yang beli pun boleh, tapi rasanya tak sedap jika buat sendiri )

   Ambil segenggam kelapa parut/nyiur kukur. Gorengkan dalam kuali tanpa minyak dan menggunakan api yang kecil. Selepas kelapa parut bertukar warna perang kehitaman dan mengeluarkan aroma yang mengasyikkan bolehlah diangkat dari kuali. Setelah itu kelapa parut yang telah digoreng ditumbuk didalam lesung batu sehingga mengeluarkan cecair. Bila keluar cecair tersebut, maka siaplah kerisik/nyiur gula anda.

4. Bawang putih dan bawang merah


   Hiriskan bawang putih dan merah halus2. Cara hirisan terpulang lah. Kalau malas nak hiris halus, hiris je lah secara kasar. Bukan orang marah pun kang. Nak makan untuk diri sendiri.

Prosedure Memasak

  Setelah semua proses diatas siap, masukkan santan didalam periuk, dan seterusnya masukkan hirisan bawang. Santan dimasak menggunakan api sederhana dan perlu sentiasa dikacau. Setelah santan mendidih, masukkan isi ikan selayang dan juga garam. Jangan terlupa garam, nanti tawar pulak.

   Seterusnya masukkan kerisik dan yang terakhirnya masukkan kulit rambai. Jangan biarkan masakan lambat diangkat setelah masukkan kulit rambai kerana mengakibatkan masakan kulit rambai akan masam. Tempoh masa mungkin antara 3 hingga 5 minit dari masa kulit rambai itu dimasak. Tip yang paling utama untuk memasak kulit rambai ini, jangan sesekali masukkan kulit rambai waktu awal memasak kerana akan mengakibatkan masakan terasa masam dan silap-silap masakan anda ini masuk ke longkang. 


Masak lemak kulit rambai

   Resipi yang aku bagi ini adalah menggunakan bahan asas sahaja. Masak ini juga boleh juga dimasukkan lada besar, petai, kacang panjang dan juga udang kecil. Sekian, selamat mencuba


   











  





 

Selamat Tahun Baru 2013

   Walaupun agak lewat 3 hari entri ni aku nukilankan, tapi tak salah untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2013. Semoga tahun baru ini memberi harapan yang lebih ceria dalam meniti liku - liku kehidupan ( ayat stereotype deh )

   Tahun Baru maka bermakna akan beranjaklah lagi satu angka umur kita. Pada 12 Februari 2013 nanti maka bertambahlah umurku menjadi 42 tahun. Tua dah juga aku rasa. Tapi hatiku rasa masih muda. Terasa cepat masa berlalu pergi. 

   Tahun ini juga bermakna anak sulung aku, Yana dah masuk darjah 1 ( atau tahun 1? ) di Sek  Keb Tengku Ampuan Intan. Hari ini merupakan hari pertama yana ke sekolah. Macam mana agaknya dia sekarang kat kelas. Semoga Yana ok. Sepatutnya hari persekolah bermula pada 1 Jan 2013 tetapi berlaku masalah banjir di kawasan sekolah. maka persekolan bermula pada 3 Jan 2013.

   Manakala si adik pulak , Yani meneruskan pengajian ( cehhh macam belajar kat U bila guna perkataan pengajian) di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Kuala Berang dan ditempatkan di kelas An-naim ( dulu nama kelas saidina abu bakar-waktu zaman akaknya yana )