Sabtu, 20 Januari 2018

NASI DAGANG

Nasi dagang merupakan menu  tradisi Negeri Terengganu. Nasi dagang selalunya diperbuat daripada beras pulut dicampur dengan beras biasa. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan nasi dagang yang sedap beras siam wangi digunakan tanpa mencampurkan dengan beras pulut.  Nasi dagang dimakan bersama gulai ikan aye atau ikan tongkol. Ikan aye juga mempunyai 2 jenis iaitu ikan aye hitam dan ikan aye kurik. Aku lebih suka ikan aye hitam kerana dagingnya lebih lembut berbanding ikan aye kulik. Nasi dagang juga selalunya dimakan dengan acar timun. Entri ini adalah senarai nasi dagang yang sedap dan selalu aku makan.

1. Nasi Dagang Kak Pah

Aku selalu makan nasi dagang Kak Pah di gerai foodcourt di Pantai Batu Buruk kuala Terengganu. Selalunya lauk nasi dagang disini adalah ikan aye hitam. Kalu aku makan disini, selalunya aku akan minta lebih bahagian nasi. maklumlah aku jenis makan banyak. Harga nasi dagang kak pah ini agak mahal berbanding kedai lain iaitu RM5 sepinggan.

Nasi Dagang RM5 




2. Nasi Dagang Atas Tol

Nasi Dagang Atas Tol dijual digerai berdekatan kubur Kg Atas Tol, Marang, Terengganu. Aku pun mula - mula pergi makan disini pada tahun lepas iatu tahun 2017. Kalau makan disini perlu beratur panjang. Selalunya kalau makan disini, isteri aku yang beratur. Kalau ikutkan hatiku, rela tak makan pun daripada beratur panjang. Yang paling special disini adalah air teh ombak rindu yang berbuih banyak itu. Selalunya aku tempah gelas besar.

air teh tarik ombak rindu

Nasi dagang telor sutir


3. Nasi Dagang Bukit Payung

Aku mula - mula makan di kedai ini pada tahun 1993 sewaktu aku praktikal sekejap di Pusat Kejenteraan Pertanian Bukit Payung. Kedai ini pada awalnya sebuah gerai kecil dan bertentangan dengan Pusat Kejenteraan Pertanian. Pada waktu itu harga nasi dagangnya kalau tak salah aku  hanyalah 50 sen sahaja. waktu itu aku makan sepinggan nasi dagang dan air Teh O hanyalah RM0.80 sahaja.
Nasi dagang bukit payung

4.  Nasi Dagang Pengadang Baru.

Aku mula makan nasi dagang di pengadang baru ni dalam tahun 2016 kalau tak salah aku. Kelebihan nasi dagang kedai ini adalah kuah cedok sendiri. Ambillah nak banyak mana pun kuah nasi dagang. Harga nasi dagang kedai ini RM3.50 sepinggan. Berpatutan lah juga. Kedai ini banyak pilihan makanan seperti nasi lemak, nasi minyak dan nasi kunyit selain pelbagai kuih muih. Kedai ini dinamakan gerai Mak Cik Gemuk. Lokasi kedai ini adalah laluan kepong ke Pengadang Baru. Kalau dari kepong sebelah kiri sebelum sampai ke simpang Pengadang Baru.



5. Nasi Dagang Kg Tok Lawit ( Kuala Ping ) aitu selepas kg Kuala Ping

Nasi Dagang yang ok bagi aku di kawasan Kuala Berang adalah di Kg Tok Lawit. Lokasi kedai tersebut selepas SK Kuala Ping sebelah kanan ke arah Sungai Tong. Aku mula makan di kedai ini pada tahun 2017 sewaktu ingin menziarahi kematian ibu mertua adikku di Tanah Merah, Kelantan. Setakat ini di Kuala Berang belum ada lagi nasi dagang paling sedap. Tapi kedai ini boleh aku bagi markah B iaitu sederhana. PAda tahun 1990an dulu nasi dagang di Ayu Restoren ( restoren PAk Hamid ) paling sedap dan setaraf nasi dagang area Kuala Terengganu. Tahu semenjak kematian isteri Pak Hamid tiada lagi yang dapat buat nasi dagang sesedap arwah.

Pandangan Kedai dari tepi

Ramai juga pelanggan

Nasi dagang yang aku order









Tiada ulasan:

Catat Ulasan