Sabtu, 25 Mei 2013

Upih Pinang Untuk Bungkus Nasi


  Kepada yang pernah melalui zaman sebelum 1990an mungkin pernah makan nasi dalam bungkusan upih pinang. Upih pinang selain daripada dibuat mainan tarik upih, sebenarnya boleh juga dibuat bungkusan nasi.

  Aku juga pernah merasai makan nasi dalam upih pinang. Kalau tak salah aku dalam akhir tahun 70an dan awal 80an, semasa itu aktiviti pertanian masih rancak dijalankan oleh orang - orang kampung. Sesekali aku juga sering mengikuti mak atau arwah tok wan aku ke huma.

  Sebagai bekalan di huma, mak atau tok wan aku akan bungkus nasi dalam upih pinang. Zaman itu perkakas plastik masih kurang diguna pakai lagi. Lagi pun makan dalam upih pinang ni rasa dia punya nasi ada keharuman upih tu.

   Cara upih dibuat bungkusan nasi itu adalah dengan buang lapisan kulit upih bahagian luar dan akan nampak kulit upih yang berwarna putih. Manakala bahagian dalam upih tu dikekalkan dimana permukaan dalam upih itu adalah licin. Memangnya sesuai dibuat bungkusan nasi semulajadi.

  Aku terfikir kalaulah ada restoren yang cuba bungkus nasi menggunakan upih pinang, mungkin nampak tradisonal sangat. Sekarang berlambak dah nasi atas daum pisang, cuma kalau cuba nasi dalam upih pinang, mungkin lagi menarik kan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan