Sabtu, 25 Mei 2013

ROTI STIM



Roti stim ini aku makan kat bandar  Batu Pahat, Johor. Roti ini sebenarnya di steamkan ( kukus ) terlebih dahulu sebelum dihidangkan. Roti ini dibelah dan diletakkan 'kaya'. Yang pasti roti ini adalah lembut.

Roti ini dijual diwaktu malam sahaja. Tak tau ler kalau tempat lain ada dijual diwaktu siang. Tetapi yang nyata di Terengganu, aku belum nampak dan tenguk lagi. Apa tah lagi kalau di makan.


Upih Pinang Untuk Bungkus Nasi


  Kepada yang pernah melalui zaman sebelum 1990an mungkin pernah makan nasi dalam bungkusan upih pinang. Upih pinang selain daripada dibuat mainan tarik upih, sebenarnya boleh juga dibuat bungkusan nasi.

  Aku juga pernah merasai makan nasi dalam upih pinang. Kalau tak salah aku dalam akhir tahun 70an dan awal 80an, semasa itu aktiviti pertanian masih rancak dijalankan oleh orang - orang kampung. Sesekali aku juga sering mengikuti mak atau arwah tok wan aku ke huma.

  Sebagai bekalan di huma, mak atau tok wan aku akan bungkus nasi dalam upih pinang. Zaman itu perkakas plastik masih kurang diguna pakai lagi. Lagi pun makan dalam upih pinang ni rasa dia punya nasi ada keharuman upih tu.

   Cara upih dibuat bungkusan nasi itu adalah dengan buang lapisan kulit upih bahagian luar dan akan nampak kulit upih yang berwarna putih. Manakala bahagian dalam upih tu dikekalkan dimana permukaan dalam upih itu adalah licin. Memangnya sesuai dibuat bungkusan nasi semulajadi.

  Aku terfikir kalaulah ada restoren yang cuba bungkus nasi menggunakan upih pinang, mungkin nampak tradisonal sangat. Sekarang berlambak dah nasi atas daum pisang, cuma kalau cuba nasi dalam upih pinang, mungkin lagi menarik kan.

 

TASIK KENYIR

Pandangan Tasik Kenyir


Pemandangan tasik kenyir dari lokasi Hotel Tasike Kenyir Resort ( yang atas bukit tu ). Gambar ni aku ambil sewaktu bulan puasa tahun 2012. Masa ni aku pergi berbuka puasa di tempat tersebut.

Tempat ni ok juga kalau lepak- lepak. Dan lagi best jika berbuka puasa disana. Harga pun tak mahal mana berbanding harga di hotel Kuala Terengganu.
Sambil menanti waktu berbuka boleh lepak sambil menyaksikan suasana ketenangan di tasik kenyir. Redup mata memandang.

Kalu nak mandi kolam pun boleh. Dalam gambar tu kan ada nampak kolam. Tapi kalu dekat  time berbuka, takkan nak mandi pulok. Gila... cuma tenguk je lah kan kan.

p/s : sebenarnya aku tak tau apa nak tulis sebenarnya ni.... aku hentam je. Coz lama dah tak menulis.