Isnin, 13 Mac 2017

BURUNG KUANG KUIK ( @KUA KUA KUIK???)


 Teringat tika zaman 80an dulu. Terutamanya masa aku masih bersekolah rendah lagi. Dalam usia 10 tahun aku telah mempunyai bilik sendiri dan tidur pun sendirian.

  Pada tahun 80an, suasana malam agak sunyi dan sepi. maklumkan pada tika itu beberapa orang je yang mempunyai kenderaan terutamanya motorsikal dan kereta. kalau motorsikal mungkin ramai juga yang memilikinya. tetapi kalau kereta hanya berapa orang je yang memilikinya dalam sesebuah kampung. Disebabkan kekurang kenderaan bermotor, suasana malam waktu itu terasa sangat sunyi. tidak seperti sekarang.


  lagipun pada tika itu juga, tiada mempunyai lampu jalan. Kalau waktu malam kampungku gelap gelita. Kalau ada yang cerah mungkin hanya di beranda masjid sebab lampu tersebut sentiasa dibuka sehingga siang. 

  Berbalik kepada cerita burung kuang kuik ini, paling aku merasa seram tika musim burung kuang kuik ini berbunyi. Aku merasakan bunyi kuang kuik tu agak menyeramkan. Bayang jika terkejut dari tidur terdengar suara burung "kua kuar kuik kuik kuik". Macam - macam perasan yang timbul. Apatah lagi jika sebelum tidur tengur Tayangan gambar Melayu malam sabtu berkisarkan cerita seram. Macam cerita seram zaman zaman dulu cerita PUAKA. Naya je. sampai ke pagi tak tidur.

 
foto dari google : Burung kuang kuik

  Waktu itu jika berbunyi burung kuang kuik ini aku akan memanggil tok wan aku. Itu dah terasa seram-seram sangat lah tu. Kekadang kena marah juga sebab memekak waktu tengah malam. Dah nak buat camna, terasa seram teramat sangat.

   Terdapat mitos tentang burung kuang kuik ini yang mengatakan burung ini bertenggek di atas belakang harimau. Maknanya satning, bila dengar bung burung ni, bermaksud ada harimau lah. tapi mitos harimau tu tak takut mana, sebab takda lagi kes harimau naik atas rumah. hi hi hi. Ada lagi mitos menyeramkan yang mengatakan jika ada hantu setan, burung kuang kuik akan berbunyi sebab dia akan mengikut hantu setan tersebut. maksudnya hantu setan berjalan di bawah, burung kuang kuik akan terbang atas makhluk tersebut.

   Walau bagaimanapun pada zaman sekarang, saya rasa dah tak ada dah bunyi burung kuang kuik di kampung saya. mungkin dah pupus ditelan zaman.